Selamatkan Pelajar Daripada Bunuh Diri, Uncle Hero Dipuji Orang Ramai
Ketangkasan seorang lelaki tempatan petang tadi (2 Ogos) telah menyelamatkan nyawa seorang pelajar perempuan yang nyaris-nyaris terjun dari landasan MRT Yio Chu Kang.
Dalam sebuah video yang dimuatnaikkan di laman ROADS.sg, lelaki berkenaan dilihat menghampiri pelajar tersebut yang ketika itu, sudah memanjat tiang landasan.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Menggunakan gerak isyarat, lelaki tersebut, yang dianggarkan berada dalam lingkungan usia 40 hingga 50-an tahun, menyuruh pelajar terbabit turun.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Dia kemudiannya mendekati pelajar tersebut lalu memulakan perbualan.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Dalam kurang seminit, lelaki ini berjaya memujuk pelajar tersebut untuk membatalkan niatnya.
Sejurus itu, lelaki tersebut membantu pelajar terbabit turun dari tiang landasan.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Mereka kemudiannya berpelukan.
seorang datuk dan seorang remaja perempuan di atas bumbung
Sumber: Facebook, ROADS.sg
REAKSI WARGANET
Pos ini telah meraih lebih 600 kongsian dan ratusan komen dalam kurang dua jam.
Ramai yang memuji tindakan lelaki tersebut.
Bahkan, ada yang berpendapat bahawa dia patut diberi Anugerah Hari Kebangsaan.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
Ada juga yang bimbang akan kesejahteraan pelajar tersebut dan berharap agar dia mendapatkan bantuan dengan segera.
Sumber: Facebook, ROADS.sg
KENYATAAN SMRT
Menurut SMRT, pelajar ini telah memanjat pintu skrin platform dengan separuh ketinggian untuk memasuki kawasan landasan tren.
Sumber: Whatsapp
Mujur, kakitangan SMRT bertindak pantas setelah penumpang di platform Yio Chu Kang menekan Pelocok Menghentikan Kecemasan.
Pada masa yang sama, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan ke lokasi.
Sumber: Instagram, @adminsgfollowsall
Pelajar tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan diiring keluar dari landasan oleh pihak polis pada sekitar 2:10 petang.
PELAJAR DITAHAN
Menurut Yahoo News Singapore, pelajar tersebut kini ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan).
Dia juga ditahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Luahan Wartawan: This uncle is a true hero. Kalau tak kerana dia, there could’ve been another gruesome case involving students.
Honestly, the number of such occurrences that have been happening as of late is very alarming. Yang dipaparkan on social media mungkin tak seberapa. Walhal in reality, there are many more students who are mentally and emotionally drained by schoolwork and the pressure placed on them. Aku recently witnessed a 12 y/o girl being escorted around school sebab dia depressed. It’s very saddening.
Aku harap parents and teachers can be a little more considerate towards these kids’ mental health. The approach used 10 years ago may not work on this new generation.
And if you feel like you do need help, click here. There is nothing embarrassing about having to speak to a counsellor about your problems
Podcast Plan B minggu ini!
Comments