‘Sedap Goreng’ Jual Nasi Kari Babi
Gerai “Sedap Goreng” yang menjual nasi kari babi (braised pork curry rice) mencetuskan kontroversi di kalangan penduduk Melayu/Islam Singapura sejak menu gerai tersebut — yang bercanggah dengan nama kedai — dikongsi di Facebook beberapa hari lalu.
Dikatakan beroperasi di Rivervale Mall, Sengkang, gerai terbabit menjual hidangan seperti nasi lemak, bihun goreng dan yang ‘mengejutkan’ orang Melayu kita, nasi kari babi, pada harga $4.50.
Gambar hiasan. Sumber: Yep Recipes
REAKSI WARGANET
Memandangkan majoriti warga Melayu Singapura beragama Islam, beberapa warganet menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nama kedai tersebut yang mampu memperdaya dan mengelirukan pelanggan, terutamanya warga emas yang kurang daya penglihatan.
Lantaran itu, beberapa warganet menyarankan agar hal ini dikemukakan kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Walau bagaimanapun, ada juga warga Melayu/Islam yang sebaliknya menggalakkan penduduk setempat agar lebih celik dan peka sebelum membeli makanan daripada menyalahkan pegerai terbabit.
Pengasas SuChi Halal Consultancy Mohamed Khair Mohamed Noor pula berpendapat, pemilik kedai “Sedap Goreng” seharusnya menukar nama kedainya sekiranya tiada niat menyediakan makanan kepada masyarakat Melayu/Islam.
“Memandangkan kita hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama, pemilik kedai semestinya lebih sensitif dalam pemilihan nama agar tidak menyinggung orang ramai,” katanya dalam sebuah pos di laman Halal Cafes & Restaurants In Singapore.
“Jika (makanan) tidak ditujukan kepada pasaran Melayu, sebaiknya tukar nama gerai anda supaya jelas bahawa makanan yang dijual bukanlah untuk orang Melayu, yang kebanyakannya beragama Islam.”
Apa pendapat anda? Adakah perlu pegerai menukar nama kedainya? Atau adakah orang kita patut lebih peka ketika membeli makanan?
Luahan wartawan: Eeee kembang tekak aku. Aku tengah imagine tengah kebulur dekat Sengkang dahtu order makanan dari kedai Melayu…Check check kedai Melayu jual babi aduh ?
Sumber: Serious Eats
Sorrylah babi babi ni semua aku tak boleh. Kenapalah buat false advertising macam ni. Takde ke nama lain yang boleh digunakan? Maybe like “Nice Fry” ke apa idk lah aku bukan hawker.
But kita sebagai consumer pun kenalah jadi observant. Jangan nampak orang Melayu jual, nama kedai Melayu terus makan. Check dulu ada sijil Halal ke tak. Jangan dah cekik babi dahtu nak salahkan pegerai pulak.
Anyway kalau termakan babi betul eh kena sertu mulut? How ah?
Comments