Sebak Terpisah 37 Hari, Terubat Kini
- Belalang Biru
- May 3, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

Setelah 37 hari terpisah dengan keluarga tercinta, bekas pesakit COVID-19, Aiishah Yeow, akhirnya diberikan kebenaran untuk pulang ke rumah semalam (2 Mei).
TERUS MEMELUK ANAK

Sumber-sumber: @ayeow (Instagram)
Menahan rindu sejak 27 Mac, Aiishah terus mendakap erat anaknya tatkala menapak masuk ke rumahnya.
Malah, anaknya Aufa Matin turut ghairah dengan kepulangannya.

Sejurus menyedari akan kehadiran Aiishah, kanak-kanak dua tahun itu memecut dari bilik tidur ke ruang tamu untuk menyambut ibunya.
TAK LEPAS
Hanya dengan melihat babak menyentuh yang dipaparkan di Instagram Aiishah, para pengikut boleh merasakan kasih sayang dan kerinduan wanita itu terhadap anaknya.
Dalam video 55 saat tersebut, Aufa cuba untuk ‘melarikan diri’ beberapa kali.
Namun, Aiishah menarik Aufa kembali dalam dakapannya dan mula mecium-cium pengarang jantungnya itu sambil menahan sebak.

Aufa juga dilihat mencium ibunya.


REAKSI WARGANET
Terkesan dengan perkongsian Aiishah, warganet — tidak kira jantina — menitiskan air mata semasa menonton video berkenaan.
Dalam pada itu, mereka juga mendoakan yang terbaik buat Aiishah sekeluarga meskipun mereka tidak mengenali wanita itu secara peribadi.




Personaliti tanah air Nurul Aini turut meninggalkan komen di pos tersebut.

Sebelum ini, Nurul Aini telah mewawancara Aiishah semasa dia menjalani rawatan COVID-19 di hospital.
Newsdesk mendoakan agar mereka yang masih ditahan dapat melalui detik ini tidak lama lagi.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...