top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Sebak, Kucing-Kucing Peliharaan Mati Dalam Banjir Kilat


Kucing-Kucing Peliharaan Mati

Perit rasanya buat pencinta haiwan, Asrol Adizar, apabila lima ekor kucingnya maut dalam banjir kilat yang melanda kawasan perumahannya di Kajang, Selangor, Sabtu lalu.


SEPARUH GILA KERANA KEHILANGAN KUCING


Tidak menduga bencana tersebut akan berlaku, Asrol, 34 tahun, kesal kerana terlambat untuk memastikan kucing-kucingnya selamat.

memastikan kucing-kucingnya selamat

Sumber: Facebook

“Banjir kilat melanda kawasan perumahan saya ketika saya tidak berada di rumah. Selama tiga tahun lebih tinggal di sini, inilah pertama kali berlakunya banjir seteruk ini,” catat Astrol di Facebook.

“Saya memang tak fikir lain (cuma) teringat budak-budak (kucing-kucing) di rumah sahaja. (Tapi) apakan daya, saya terlambat untuk memastikan semua selamat.”


Kata Asrol, lima kucingnya — Joker, Goblin, Putih, Dik Chik dan Baby Boo — terkorban manakala seekor anjing, Jagger dan kucing, Manja, tidak dapat dikesan.

Kucing-kucing yang maut

Kucing-kucing yang maut. Sumber: Facebook

“Separuh gila saya dibuatnya. Perit…Dan sakit sekali,” luah Asrol, yang turut kedengaran teresak-esak dalam video-video yang dimuat naik. 

Dalam sebuah pos khas buat Jagger pula, Asrol berharap dapat bertemu kembali dengan anjing kesayangannya.


“Baba dah cuba cari Jagger merata di sini. Tak tau ke mana hanyutnya Jagger dibawa banjir. 

“Kalau Jagger masih hidup, baliklah.

“Kalau Jagger tak bernyawa, muncullah walaupun jasad supaya Baba boleh kebumikan Jagger sebaik-baiknya.” 

Jagger, anjing tua dan buta

Jagger, anjing tua dan buta, masih hilang. Sumber: Facebook

DIBANTU ORANG RAMAI

Melihat kedukaan Asrol dan keadaan ranap rumahnya, rakannya Mastura Yazid memohon kepada warganet untuk menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang, makanan kucing atau anjing atau tenaga manusia bagi meringankan tanggungjawab Asrol.

Lanjutan daripada itu, Asrol dikejutkan dengan sumbangan RM2,800 dan dihujani beratus panggilan dan mesej yang tidak henti-henti memberinya kata-kata semangat.

Tambahnya, rakan-rakan turut tampil untuk bantu mencuci rumahnya dan memberikan makanan haiwan. 


“Saya amat menghargai sekecil-kecil bantuan yang kalian berikan kerana sekecil-kecil bantuan itulah yang dapat menaikkan saya semula,” tulis Asrol semalam (19 Julai).

 

“Terima kasih semua. Semoga Allah merahmati kalian semua dan semoga yang senasib dengan saya turut dipermudahkan.”

Luahan wartawan: Kesiannya ? Apalah nasib Jagger and Manja…Mesti dorang lost. Yang dah mati tu, at least we know they’re in a better place. Tapi yang hilang tu, tak tau dorang boleh survive ke tak sorang-sorang kat luar ☹️


Kucing aku pernah hilang selama dua malam. Tak tenteram kami satu family fikirkan dia okay ke tak. It must be much worse for him losing seven pets…St


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page