“Saya Korbankan Apa Yang Saya Paling Suka, Iaitu Kecantikan Dunia.” Neelofa
“Tak pernah terfikir untuk berniqab, saya korbankan apa yang saya paling suka, iaitu kecantikan dunia.”
Begitulah luahan Neelofa yang baru sahaja berniqab. Menurutnya, ia bukan mudah untuk dirinya membuat keputusan itu kerana fitrah seorang wanita adalah untuk memilih kecantikan.
Namun demi mendapatkan ganjaran pahala, Neelofa sanggup mengorbankan kecantikan di dunia.
“Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun. Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya korbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini…” -Neelofa.
Neelofa juga mengongsikan apa yang dipelajari beliau mengenai pesanan Rasulullah SAW semasa sesi Instagram Live sempena sambutan Maulidur Rasul.
“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga…”
Semoga dipermudahkan segala urusan Neelofa dan kekal beristiqamah di jalan yang diredhaiNya.
Luahan Wartawan: Hidayah itu milik Allah. Aku tau ada dalam dunia ni bukan dia sorang yang niqabi, ada ramai lagi.
But she made the headline for a reason, she is a powerful female figure who has accomplished a lot. She is the symbol of how faith prevails over the duniya.
Dia memilih untuk menjadi yang terbaik demi akhirat and by taking the step, she is setting a good example for the rest of the girls who looks up to her.
She is trying to be a better muslimah just like every other muslim woman. So why not empower each other instead of making noise like,
“sHe iSn’t tHe oNLy nIqAbI in tHis wOrlD, kEnApA nAk hYpE DiA leBih-leBih?”
Sudah, diam. Orang buat baik salah, buat jahat salah. Apa yang korang nak?