Sarat Mengandung, Wanita Gagahkan Diri Berjalan Merentasi Koswe Bersama Anak Kecil
- Chap Chai
- Apr 30, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 15, 2024

Meskipun sarat mengandung, wanita ini menggagahkan dirinya untuk berjalan pulang dari Singapura ke Johor Bahru bersama anak dua tahunnya.
TERPAKSA BERGEGAS PULANG

Gambar hiasan. Sumber: iStock
Pada 27 April, Jessie New membuat keputusan bersama anak kecilnya kerana pas ‘social visit’ anaknya tidak boleh dilanjutkan lagi.
Jessie juga memberitahu Sin Chew Daily bahawa khidmat bas yang diatur untuk membawa rakyat Malaysia pulang dari Singapura pula hanya akan tiba pada 2 Mei.
PERJALANAN DI KOSWE

Sumber: Today
Pembantu guru di salah sebuah prasekolah di Singapura itu mengongsi perjalanannya dari Singapura ke Kastam Johor Bahru, Imigresen dan Kompleks Kuarantin memakan masa enam jam.
Anaknya juga terpaksa berjalan kerana Jessie tidak larat untuk mengangkatnya.

Gambar hiasan. Sumber: Spectrum News
“Saya bergerak dari Singapura pada lapan pagi. Bahana saya mengandung, saya tidak dapat mendokongnya. Dan anak saya masih terlalu kecil untuk berjalan dengan pantas,” kata Jessie, yang juga membawa bagasi bersamanya.
“Kami berjalan selama 40 minit di Koswe sebelum tiba di Kastam Johor Bahru. Setelah diperiksa pegawai kesihatan, kami dibawa ke sebuah hotel untuk menjalani isolasi.”

Sumber: Jessie New (Facebook)
TERPISAH DENGAN SUAMI

Sumber: Cordell & Cordell
Walaupun Jessie dan anaknya kini selamat di Johor Bahru, suami Jessie masih terperangkap di Singapura dek urusan kerja.
Semoga bersua kembali.
Luahan wartawan: Pelbagai rintangan melanda rakyat Malaysia. To me, hidup mereka lebih payah dibandingkan rakyat Singapura kerana pada selama tempoh PKP/CB, mereka harus memilih antara kerja atau keluarga.
Kalau tak kerja di Singapura, tak ada mata pencarian. Tapi kalau pilih kerja, terpaksa hidup sendirian. Kalau kematian ahli keluarga dan sebagainya, nak balik Malaysia pun susah.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...