top of page
Writer's pictureLintah Darah

Sanggup Menahan Sakit Demi Menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan Terakhirnya


Perbarisan Hari Kebangsaan Terakhirnya

Meski tenat, seorang warga emas 68 tahun sanggup menahan sakit demi menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan terakhirnya.


Encik Heng Chiang Nguan, penduduk daerah Punggol West, meninggal dunia pada Hari Kebangsaan lalu sejurus tamatnya rancangan siaran langsung di kaca televisyen.

Encik Heng Chiang Nguan

Sumber: Google


“Ahli keluarganya dengan sayu bercerita, mendiang bertahan untuk menonton Perbarisan Hari Kebangsaan pada petang hari. Setelah tamat siaran, dia menaikkan ibu jari dan berkata acara tersebut baik,” tulis Anggota Parlimen (AP) Cik Sun Xueling, yang menghadiri wake (upacara perkuburan) mendiang pada malam 10 Ogos.


Tambah Cik Sun di Facebook, mendiang menonton rancangan berkenaan sekali lagi sebelum masuk tidur. Tragisnya, mendiang tidak sedarkan diri selepas itu.


BARAH PERUT


Mendiang Encik Heng disahkan menghidap barah perut dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Berita tersebut dikatakan disampaikan secara mengejut kepada keluarga dan sahabat mendiang yang selama ini, tidak tahu tentang penyakit mendiang.


PENDUDUK AKTIF


Mendiang dikenali Cik Sun sejak beliau berkhidmat di GRC tersebut 20 tahun lalu, sebagai penduduk yang giat menguruskan acara-acara akar umbi.

Antara acara di Punggol West

Antara acara di Punggol West. Sumber: Facebook


Kata Cik Sun juga, mendiang selalu tampak ceria, dan sering melontarkan senyuman kepada penduduk-penduduk di sana.


“Generasi Encik Heng tidak mungkin dapat digantikan. Pada Hari Kebangsaan ini, dalam pada kita meraikan ‘wira-wira baharu’, saya harap kita tidak akan melupakan mereka yang berkhidmat secara senyap selama ini. Mereka telah membina Singapura yang sedang kita nikmati kini. Dan saya amat berterima kasih kepada mereka.


“Encik Heng, kita akan sentiasa mengenang anda.”

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page