top of page
Writer's pictureLintah Darah

Samseng Kampung Dusun Tak Puas Hati Ditegur Rider Ketika Memandu Dengan Cuai


3 orang, orang paling kanan memakai topi keledar motor dan 2 lagi mencelah

Kejahilan seorang pemandu kereta Toyota telah menjadi bahan kutukan penduduk setempat sejak rakamannya naik hantu secara tidak menentu tular di Facebook semalam (2 Ogos).


Menerusi video yang disiarkan di laman ROADS.sg, kereta terbabit dilihat berdesut masuk ke dalam sebuah estet di Bedok North.

kereta merah

Ia bukan sekadar menceroboh lorong keluar, malah nyaris melanggar salah seorang penunggang motosikal yang sedang menantikan giliran untuk keluar ke jalan utama.

kereta merah, dan seseorang menunggang motosikal memakai topi keledar

KONFRONTASI #1


Pemandu tersebut kemudiannya menghentikan keretanya di tepi jalan raya lalu menjenguk keluar tingkap untuk merenung penunggang yang hampir digilis keretanya.

seseorang menunggang motosikal memakai topi keledar

Tidak semena-mena, dia keluar dari keretanya untuk bersemuka dengan penunggang tersebut.

2 lelaki sedang menunggang motosikal memakai topi keledar dan seorang lagi berdiri di sebelah motosikal tersebut

Tanpa memakai pelitup muka, dia dengan bengisnya bertanya, “You stay here? You stay here?”.

2 lelaki sedang menunggang motosikal memakai topi keledar dan seorang lagi berdiri di sebelah motosikal tersebut

Mujur, babak tersebut diredakan oleh seorang lagi penunggang motosikal.

3 lelaki menunggang motosikal memakai topi keledar dan seorang lagi berdiri di sebelah motosikal, seorang lagi memakai topi keledar menghalang lelaki yang berdiri

KONFRONTASI #2


Tidak puas berkelahi, pemandu tersebut selanjutnya kembali ke keretanya untuk mengeluarkan sesuatu objek yang kelihatan seperti pedang.

3 orang di belakang kereta merah, lelaki yang berbaju putih itu marah kepada pemandu yang memakai topi keledar
3 orang di belakang kereta merah, lelaki yang berbaju putih itu marah kepada pemandu yang memakai topi keledar

Kali ini, pemandu baran terbabit disabarkan oleh rakan wanitanya.

3 orang di belakang kereta merah, lelaki yang berbaju putih itu marah kepada pemandu yang memakai topi keledar

REAKSI WARGANET


Berikutan penularan video ini, warganet menggesa para penunggang terbabit untuk membuat laporan polis agar pemandu tersebut dikenakan hukuman yang sewajarnya.

response netizen facebook
response netizen facebook
response netizen facebook

Berdasarkan pengakhiran rakaman tersebut, kesemua individu yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sumber Gambar: ROADS.sg


Luahan Wartawan: Lah tak betul. Dah drive macam siak, dahtu nak mengamok kat orang lain macam dia tak bersalah gitu. Belo. Aku kalau tu rider, dah lama aku hentak kepala dia pakai helmet.


Nak step gangster pun agak-agak lah wei. You’re dying to be caught by the authorities is it?? Orang macam ni boleh dapat lesen. Aku yang BELAJAR untuk BTT tak pass pass. Macam sial.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page