Rumah Hampir Terbakar, Ibu Ini Viralkan Tindakan Jiran Setelah 2 Tahun Bertahan
Ibu kepada anak kecil, Yani Rzk, mengadu di Facebook setelah menemui koridor rumahnya berselerak dek kebakaran yang dimulakan oleh jirannya.
Menurut kisah Yani, kekucar-kaciran tersebut berlaku susulan upacara sembahyang jirannya pada petang 4 September (Sabtu).
Berdasarkan video yang dikongsi pada malam Sabtu, timbunan kertas yang sudah terbakar dan abu dilihat meleret dari luar rumah jirannya hinggalah ke pekarangan rumah Yani sendiri.
Kepulan asap juga dilihat keluar berterusan.
Keadaan di luar rumah Yani pada petang Sabtu.
“Tengok. Cakap sekali tak nak dengar. Sekarang semua dah terbakar,” kata Yani dalam video tersebut.
Kebakaran tersebut bukan sekadar menjelagakan dinding koridor, malahan juga telah memusnahkan basikal tiga roda anak Yani.
Sebahagian basikal anaknya dijilat api.
JIRAN HANYA KETAWA
Nyata Yani, jirannya tidak meminta maaf atas kesilapannya, dan hanya menyifatkan perkara tersebut sebagai “kebakaran kecil” ketika didatangi pihak berkuasa.
Bahkan selepas kejadian tersebut, Yani berkata jirannya kedengaran tertawa-tawa di depan rumahnya.
Sumber: Facebook, Yani Rzk
REAKSI WARGANET
Susulan perkongsian Yani, yang telah meraih lebih 3.6 ribu kongsian dalam sehari, warganet tampil untuk meluahkan amarah mereka.
Salah seorang daripada mereka menyifatkan jiran Yani seperti “jiran dari neraka”.
Warganet juga menganggap perbuatan jiran Yani sebagai “melampau” kerana ia memudaratkan keselamatan para penduduk.
2 TAHUN BERTAHAN DENGAN PERANGAI JIRAN
Kongsi Yani, jirannya, seorang “lelaki tegap”, mula membakar setanggi di koridor “hari-hari” sejak 2019.
Instagram Story Yani pada Ogos 2019.
Jelasnya, jirannya telah diberi amaran daripada pihak berkuasa sebelum ini namun, dia kekal berbuat demikian. Dalam sebuah komen, Yani berkata dia tidak memperbesarkan hal tersebut selama ini kerana “enggan dipandang rasis”.
Plan B telah menghubungi Yani untuk mendapatkan maklumat lanjut berikutan kejadian ini.
Difahamkan setakat ini, Yani telah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan SCDF. Menurutnya, kedua-dua pihak “akan mengambil tindakan”.
Sumber: Facebook, Yani Rzk
Luahan Wartawan: Amenities dah disediakan. Yang kau pergi bakar depan rumah tu kenapa? Burn on cardboard some more. Considerate lah sikit. How to live in peace kalau masing-masing sengaja cari pasal? No one is stopping you from praying. But think of your other neighbours lah. Kalau tinggal landed takpe jugak. Ni HDB siot.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments