top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Rumah Atas Gunung Berapi Menjadi Rebutan Pengguna AirBnB


Rumah Atas Gunung Berapi

Mexico – Keunikan reka bentuk dan juga nama rumah yang cukup unik telahpun membuat salah sebuah rumah yang dimuatnaikkan di Airbnb untuk menjadi pujaan ramai.


Casa Etérea sebuah rumah yang telahpun dibina di atas tapak gunung berapi diiklankan di Airbnb untuk sesiapa yang ingin tinggal di dalamnya buat beberapa hari.


Gunung berapi tersebut adalah Palo Huérfano sebuah gunung berapi yang telahpun pupus sejak sekian lama.


INSPIRASI


Idea untuk membina rumah yang menggunakan panel solar yang reflektif untuk sumber elektrik dan mengumpul air hujan sebagai bekalan air rumah yang dekat dengan alam itu berasal daripada seorang warganegara Singapura, Prashant Ashoka

seorang warganegara Singapura, Prashant Ashoka

Sumber: Instagram


Mujurlah, impian penulis dan jurugambar yang berumur 31 tahun untuk membina rumah idamannya itu menjadi realiti


PENCAPAIAN


Tanpa kawan dan keluarga, Ashoka membuat keputusan untuk menyewa pangsapuri di Mexico City setelah meninggalkan Singapura untuk memulakan kehidupan yang baru 3 tahun yang lepas.


Keazaman Ashoka untuk mencapai matlamatnya timbul walaupun sering berasa kesepian dan tidak mempunyai kemahiran untuk membina rumah.


REAKSI NETIZEN


Panel solar yang reflektif itu juga menggunakan lapisan ultraviolet supaya burung yang terbang boleh melihat rumah itu dan tidak melanggar dan cedera.


Yang menariknya, cara untuk masuk kawasan rumah itu hanya boleh dilakukan dengan kerata yang mempunyai pacuan empat roda ataupun 4-wheel drive.


Oleh kerana reka bentuk rumah dan lokasinya yang luar biasa, ramai netizen terharu dan tidak sabar untuk menyewa rumah tersebut selepas pandemik Covid-19 berakhir.

ramai netizen terharu

Sumber: Instagram


tidak sabar untuk menyewa rumah tersebut

Sumber: Instagram

komen Instagram

Sumber: Instagram


Ternyata, Ashoka telah membina rumah yang terpencil dan damai supaya ia dapat mendorong penyewa rumah Airbnbnya itu untuk mengejar impian mereka sendiri.


Luahan wartawan: Dream staycay! I checked out his Airbnb and its freakin’ gorgeous.

Dream staycay! I checked out his Airbnb and its freakin’ gorgeous.

Sumber: Airbnb


Kalau ada rezeki, I’ll visit this place with my partner after the pandemic is over. You guys should too, its damn amazing!


Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page