Robot Dikerahkan Untuk Memastikan Jarak Sosial Diantara Orang
- Belalang Biru
- May 9, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 9, 2024

SPOT, “pegawai” jarak keselamatan yang baru, dilihati di Bishan-Ang Mo Kio park. Ia amat ganjil, seperti sesuatu makhluk yang berasal dari filem sci-fi.
SPOT akan menyiarkan mesej yang dirakam untuk mengingatkan pengunjung taman untuk mematuhi langkah jarak keselamatan.
Ia juga dilengkapi dengan kamera dan teknologi Gov-tech yang mempunyai kebolehan analisis video untuk menganggarkan bilangan pelawat di taman dan pengesan keselamatan untuk mengesan objek dan orang di dalam laluan.

Algoritma terbina membolehkannya mengesan halangan dalam jarak 1 meter untuk mengelakkan sebarang perlanggaran.
SPOT, yang boleh dikawal dari jauh dapat membantu mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan buat rondaan taman, sekali gus meminimumkan hubungan fizikal antara kakitangan, duta selamat dan pengunjung taman.

Ia akan dikerahkan sebagai pegawai jarak keselamatan dari 8 hari bulan Mei buat 2 minggu, sepanjang bentangan River Plains berukuran 3 KM pada waktu off-peak.
Ia merupakan program perintis di antara lembaga taman negara(NParks) dan Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG). Mereka mengesyorkan dalam sidang akhbar bahawa kamera tersebut tidak mampu mengenali individu tertentu mahupun mengumpul data peribadi.
Reaksi seorang netizen terhadap SPOT mengatakan bahawa ia menyeramkan dan seperti makhluk dystopian.
Namun begitu ramai diantara mereka yang mengagumi kebolehan robot tersebut.


Sumber: Twitter, @ggreenwald
To be honest, memang menyeramkan pada zahirnya. Robot yang persis “headless”, boleh menangkap gambar dan menasihati. Tetapi, inilah rupa smart nation ya, mempunyai kebolehan untuk memantau tanpa menggunakan daya tenaga manusia yang berlebihan.

Luahan wartawan: Ini hanya permulaan, sooner or later, we will have more AI all around us.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...