Robinsons Hutang $32 Juta Kepada Pemiutang, Antaranya Simmons, Sealy, Klarra dan Ette Tea
440 pemiutang.
Itulah jumlah pemiutang yang perlu dibayar Robinsons dengan wang keseluruhan 31.7 juta dolar setelah proses pembubaran.
Antara 442 pemiutang yang disenaraikan, setakat 29 Okt termasuk syarikat tilam seperti Simmons, Sealy, Dan dan Tempur.
Singtel, Singapore Press Holdings dan Orchard Road Business Association termasuk dalam senarai pemiutang ternama. Jenama tempatan seperti label fesyen Klarra dan Ette tea juga disenaraikan.
Dalam notis yang dikeluarkan kepada pemiutang bertarikh Jumaat lepas (13 Nov), pembubar sementara KordaMentha berkata bahawa mesyuarat pemiutang online akan dipanggil pada 26 Nov, jam 2 petang.
Robinsons menyatakan bahawa keputusan untuk menutup kedai Heeren dan Raffles City adalah kerana faktor seperti perubahan citarasa pengguna dan tekanan kos seperti sewa.
Pemiutang mempunyai sehingga jam 4 petang pada 25 Nov untuk mengemukakan bukti hutang dan borang proksi mereka kepada KordaMentha untuk layak mengundi dalam mesyuarat itu.
Luahan Wartawan: There goes an institution. This is how a liquidation process looks like generally.
Tapi kebanyakkannya adalah unsecured creditors pada fahaman aku. So nasiblah berapa banyak yang dorang dapat balik.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments