Rider Penghantar Makanan Disaman Pegawai Berpakaian Biasa, Letak Motosikal Di Laluan Pejalan Kaki
Awas! Pegawai yang memakai baju biasa menahan dan menyaman beberapa penunggang motosikal di Orchard Road kerana parkir di laluan jalan kaki baru-baru ini.
Kesalahan tersebut boleh didenda dengan saman hingga $2000 dan/atau di penjara hingga 3 bulan.
Beberapa pekerja penghantaran makanan menjadi mangsa saman kerana parkir secara haram semasa mengambil pesanan makanan dari tempat-tempat tertentu.
Warganet mengatakan ia tidak adil bagi riders tersebut kerana bukan senang untuk mencari tempat parkir di daerah Orchard dan CBD. Ia tidak masuk akal untuk riders membayar $3 buat 5 minit.
Ada yang berpendapat zaman sekarang ala zaman kempetai, ada saja mata yang merah memandang dan akan melaporkan segala-galanya.
Exhibit A, proving Zul’s point.
Akta Tempat Letak Kenderaan menyatakan bahawa sesiapa yang melanggar peraturan dengan sengaja boleh di denda hingga $2000 dan/atau di penjarakan hingga 3 bulan jika disabit kesalahan di mahkamah.
Luahan Wartawan: Kirakan nak flex gone wrong ah eh.
Aku memang tak galakkan orang parking ikut sesuka hati dekat pavement ke bawah block ataupun yang saje je ride dekat pavement tapi hati perut sikitlah.
Ni riders yang nak antar makanan korang, 5 minit je tak boleh tutup mata ke. And those kempetai, korang dapat medal eh komplen pasal orang lain?
Comments