Restoran, Drive-Thru, Delivery McDonalds Tutup
Restoran makanan segera McDonalds mengumumkan penutupan sementara kesemua cawangannya di Singapura hari ini, sehingga 4hb Mei 2020. Dalam sebuah status Facebook yang ditulis pada jam 7 pagi, difahamkan semua khidmat penghantaran dan Drive-Thru juga turut dihentikan sehinggalah ia Kembali beroperasi pada tarikh yang ditetapkan.
Awal bulan ini, lima pekerja McDonalds disahkan positif COVID-19. Mereka bertugas dicawangan Lido, Forum Galleria, Parklane dan Geylang East Central.
REAKSI WARGANET
Sebahagian warganet menyambut baik keputusan McDonalds untuk menutup semua cawangannya dan menghentikan khidmat penghantaran makanan. Antara sebab yang diberikan adalah keselamatan pelanggan dan jumlah orang yang beratur untuk membeli makanan setiap pagi.
Ada juga yang risau tentang pendapatan para petugas dan penghantar makanan McDonalds, memandangkan banyak tempat kerja lain tergendala, dan ini merupakan antara sumber pendapatan mereka.
Operasi McDonalds dihentikan atas nasihat Kementerian Kesihatan menyusuli beberapa insiden bersangkut paut dengan wabak COVID-19.
Luahan wartawan:
Hal ini pastinya menjadi kerisauan ramai pelanggan tetap McDonalds, terutama sekali mereka yang beragama Islam, memandangkan bulan puasa akan menjelang dalam beberapa hari lagi. Makanan daripada restoran McDonalds adalah antara yang termurah dipasaran. Satu set makanan sahaja berharga kurang $10. Ramai yang bakal terjejas, termasuklah rider-rider delivery yang mengharapkan pendapatan daripada tempahan makanan. Sekiranya pembukaan restoran McDonalds diperpanjangkan, banyak lagi masalah yang bakal timbul.
Comments