Remy Ishak, Murung Kerana Terkurung
- Chap Chai
- Jun 12, 2020
- 1 min read
Updated: Apr 5, 2024

Pelakon kacak dan pernah dinobatkan sebagai lelaki melayu terakhir, Remy Ishak kemurungan kerana terlalu lama bersendirian semasa PKP.
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan untuk beliau keluar bekerja dan bertemu dengan orang lain. Remy merasa gangguan emosi kerana tinggal bersendirian di ibu kota dan oleh kerana itu, beliau telah mendapatkan pendapat doktor untuk mengatasi isu kemurungannya.

Remy di nasihatkan agar tidak bersendirian dan pulang ke kampungnya di Melaka, dimana beliau meluangkan masa bersama keluarga.
Aktor berusia 38 tahun ini turut mengingatkan orang ramai agar lebih peka terhadap kesihatan mereka dan sentiasa berhati-hati walaupun telah diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk merentas negeri.
Luahan Wartawan: Kesian buah hati idaman ramai ni, sampai kemurungan duduk bersendirian.

Aku pun rindu tengok kanda kekasih hati ni dekat TV.
But this pandemic can take a toll on your mental and emotional wellbeing. Always monitor your holistic health and seek professional medical help when you feel like doing something that is unlike you.

Kalau dah lama sangat terkurung kat rumah, atau kena buang kerja ke, memang emosi boleh terganggu. Cari solution yang boleh menolong, bukan yang akan memudaratkan diri lagi.
Related Posts
See AllBekas Menteri Pengangkutan Singapura, S Iswaran, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan pada 3 Oktober 2024 kerana menerima hadiah...
Seorang remaja lelaki Singapura berusia 17 tahun yang telah radikal sendiri ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) beberapa...
Lembaga Warisan Negara (NHB) mengumumkan pada 24 Oktober bahawa ia akan memulakan kajian terhadap 38 Oxley Road untuk menilai kepentingan...