top of page
Writer's pictureLintah Darah

Rela Dijadikan Bahan Uji, Uncle Berusia 66 Tahun Tawarkan Diri Untuk Selamatkan Generasi Muda


cRela Dijadikan Bahan Uji

Sumber gambar pertama: Koh Kheng Joo Johnson & Reuters

Demi memelihara keturunan manusia, seorang warga emas nekad menggadai nyawanya.


Berikutan artikel Straits Times mengenai persetujuan klinik untuk menjalankan ujian ke atas manusia menggunakan vaksin Lunar-Cov19, Encik Koh Kheng Joo Johnson, 66 tahun, meredakan dirinya untuk menjadi salah satu relawan.


Katanya dalam ruangan komen:


“Saya merelakan diri saya untuk menjalani ujian ke atas manusia. Saya sudah berumur 66 tahun, jangan bimbang. Sekadar untuk menyelamatkan generasi muda.”

Koh Kheng Joo Johnson

REAKSI WARGANET


Kagum dengan sifat tidak mementingkan diri Encik Koh, komennya telah menjana lebih daripada 400 tanda ‘suka’, ‘sayang’ dan ‘ambil berat’.


Warganet turut membalas kenyataannya dengan kata-kata pujian dan penghormatan.

Warganet turut membalas kenyataannya dengan kata-kata pujian
kata-kata pujian dan penghormatan.

Malah, komen tersebut juga tular di Twitter setelah dipetik dan dikongsi oleh Dina Sarah (@dinasarahf).


Setakat pagi ini (23 Julai), Tweet berkenaan telah meraih 71.6 ribu retweets dan 132 likes hanya dalam 18 jam.

I’m not crying. I’m not crying. pic.twitter.com/XEafGOTPkF — kittybun (@dinasarahf) July 21, 2020

Dan seperti di Facebook, warga Twitter — yang digunakan golongan anak muda — turut terkesima dengan keberanian dan pengorbanan Encik Koh.

He’s only 66……………thts young for an old person, younger gen better act up bitches???? get yo shit tgt n live ur live worthful bc a lot of good old ppl r scarificing their lives for us?? https://t.co/tgbU0OaksK — farhanahaniah (@farhanahaniah_) July 22, 2020

MAKLUMAT VAKSIN

vaksin

Sumber: Reuters


Penghasilan vaksin Lunar-Cov19 oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS bersama syarikat farmasi Amerika Syarikat Arcturus Therap telah menunjukkan “hasil yang sangat menjanjikan”, kata Profesor Ooi Eng Eong, timbalan pengarah program penyakit berjangkit sekolah berkenaan.


Dalam penyataan bersama pada malam 21 Julai, kedua-dua organisasi mengatakan bahawa Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah memberi kelulusan untuk memulakan ujian ke atas manusia dalam masa terdekat.


Ujian pertama akan dilaksanakan ke atas 108 relawan dewasa sihat daripada berbagai usia.


Luahan wartawan: Cayalah! So selfless and brave. Budak muda baya aku belum tentu nak buat benda yang sama untuk selamatkan warga tua.


Memang ada faktor-faktor yang kena dipertimbangkan sebelum dia go for the test macam tahap kesihatan. Tapi it’s the thought that counts. How many of us sanggup buat macam ni?? Ni baru aku stan!!! ???


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

תגובות


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page