Raya Tak Lagi Seperti Dulu
Seperti mana kita ketahui, Ramadhan pada tahun ini sangat berbeza, lantaran itu, kita tidak boleh mengharapkan agar sambutan Raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah.
Muslim.sg telah menerbitkan video pendidikan yang dipercayai disasarkan kepada warga emas dan menggambarkan bagaimana semangat Raya masih boleh dikekalkan walaupun tidak dapat menziarahi dan berkumpul bersama.
Video tersebut telah merangkul sokongan masyarakat melayu islam tempatan dan mencetuskan perbualan di kalangan netizen.
Antaranya adalah seorang netizen yang bernama Hazwan K Mohamed yang mana luahan pendapatnya di Facebook menerusi screenshot IG story, mendapat lebih 500 perkongsian.
Sumber: Facebook
Di dalam beberapa instastory yang dimuat naikkan beliau, Hazwan telah melahirkan perasaan kurang senangnya terhadap sesetengah masyarakat yang masih ingin beraya seperti tahun-tahun yang lain.
Sentimen “raya setahun sekali” yang digunakan sebagai pemerasan emosi sama sekali tidak adil buat semua pihak yang terlibat. Ramai yang akan melanggar undang-undang demi menjaga hati orang tua kerana perasaan bersalah yang timbul di dalam hati.
Hazwan mengatakan walaupun raya di sambut setahun sekali, ia tidak semestinya diraikan secara besar-besaran, lebih-lebih lagi pada musim wabak sekarang.
ERTI RAYA BERMAAFAN?
Hazwan mengaku tradisi meminta keampunan pada Hari Raya adalah satu motivasi yang baik buat mereka yang janggal ingin meminta maaf sesama manusia tetapi ia lebih afdal dilakukan sebelum bermulanya Ramadan.
Niat untuk memohon maaf tidak terhad pada musim Raya, kerana sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesalahan ke atas satu sama lain.
Keampunan adalah perkara dua hala. Mereka yang lebih tua juga tidak terkecuali untuk meminta maaf pada yang muda.
ERTI RAYA, MENGERATKAN SILATURAHIM?
Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih, kita digalakkan kunjung-mengunjungi pada musim Raya untuk mengeratkan silaturahmi antara satu sama lain tetapi buat mereka yang sudah lama terpisah, mempunyai pertelingkahan yang rumit, dapatkah Raya memperbaiki hubungan mereka?
Sejujurnya, ia tidak begitu mudah. Perit di rasa apabila terpaksa mengundur dan menjauhkan diri daripada keluarga yang tercinta tapi mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan itu.
Jangan menggunakan Raya sebagai alasan untuk keluar dan berhimpun kerana berat padahnya jika dijangkiti.
ERTI RAYA MESTI SEDIH?
Sudah menjadi lazim untuk kita berasa sayu pada pagi Raya apabila mendengar takbir berkumandang kerana berlalulah sudah Ramadhan, dan tiada jaminan yang kita akan menjadi tetamunya pada tahun yang akan datang.
Namun kesedihan itu lebih tertakluk pada “kena ada perasaan bersalah” terhadap orang lain, bukan lahir dari keikhlasan hati seseorang.
Tujuan takbir raya adalah untuk memuji kebesaran Allah tetapi kalau ia digunakan untuk “guilt trip” orang lain, ia sama sekali tidak betul.
NAK SEDIH KENA BERTEMPAT
Kita digalakkan bergembira, berpakai baju baru jikalau mampu di pagi Raya kerana ia melambangkan kemenangan selepas sebulan berpuasa.
Tiada halangan untuk meraikan Hari Raya tetapi, sebagai umat Islam, kita juga bertanggungjawab ke atas kebaikan orang lain.
Janganlah kita menjadi manusia yang menjaga kepentingan sendiri saja sampai memudaratkan yang lain.
RAYA KAN SEBULAN
Aidilfitri secara syariatnya hanyalah sehari walaupun secara adat yang diterapkan, kita dibolehkan beraya hingga sebulan. Tetapi dalam keadaan dunia sekarang ini, ada lebih baik kita berwaspada dan buat apa yang memadai asalkan keselamatan orang awam terjamin.
Umat Islam di negara kejiranan seperti Malaysia dan Indonesia juga tidak dapat menyambut Raya dengan keluarga yang di kampung seperti tahun yang berlalu sudah, bukan kita sahaja.
Hazwan menasihati mereka untuk menilai pertimbangan sendiri jika ingin jalan raya selepas tamatnya pemutus litar kerana negeri ini belum lagi bebas wabak.
INI MUNGKIN RAYA TERAKHIR?
Istilah raya terakhir tidak tertakluk pada golongan emas sahaja kerana ajal tidak mengenal umur.
Wartawan kami memahami sentimen “raya terakhir” yang digunakan tetapi jika istilah itu menjadi realiti pada tahun ini kerana kedegilan sendiri, siapa akan disalahkan?
Hazwan mengakhiri “rant” beliau dengan mengucapkan yang terbaik buat umat yang sedang berpuasa.
Luahan Wartawan: He has a point. Maybe, cara dia luahkan perasaannya tidak sehalus, tetapi hujahnya bernas.
Walaupun ada kelonggaran diberikan setelah pemutus litar berakhir, Singapura belum lagi bebas Covid. Wartawan memahami perasaan golongan warga emas yang merindu anak cucu mereka tetapi ini buat kebaikan semua.
The virus is especially dangerous to the older generation because of their weakened immunity. Dengan menjauhkan diri dari mereka, kesihatan mereka tidak akan terjejas.
Bersabar lah, Ramadan dan Raya tahun ni memang unik. Dalam hari-hari terakhir Ramadan ini, kita berdoa agar wabak ini di hapuskan, supaya dunia ini boleh kembali asal.