top of page
Writer's pictureLintah Darah

Raya Tak Jadi Lagi? Warganet Cetuskan Konspirasi Selepas Kelompok Kovid KTV


Raya Tak Jadi Lagi

“Burung merpati terbang tinggi,


Singgah sebentar di atas dahan,


Kerana beberapa ekor anak babi,


Raya Haji mungkin tak dapat jalan.” – Park Sha Hid, 2021

I am Disappointed

Peluang untuk menyambut Hari Raya Haji secara besar-besaran bersama kerabat tercinta kian kabur menyusuli peningkatan kes COVID-19 di Singapura disebabkan kelompok KTV.

Jumlah kes setakat semalam (15 Julai). Sumber: MOH

Jumlah kes setakat semalam (15 Julai). Sumber: MOH

Meneliti situasi ini, masyarakat Islam setempat sudah bersedia untuk membatalkan perancangan untuk meraikan lebaran sekali lagi.

Roziana
Paridah Ali

Pastinya, kemungkinan ini bukan sekadar menghampakan penduduk setempat, malah turut membangkitkan amarah.


Ada yang berasa jengkel, sehingga melontarkan hamunan.

Rasidil Rasem
Nur Rahilah

Ada yang berpendapat teori “asal raya jer ada cluster” adalah disebabkan algorithm dan illuminati.

asal raya jer ada cluster
Ahmad Fahmi Izlan
Biggie Bobos
Shahrul Rahman

Ada pula yang membuat insinuasi bahawa pembiakan kelompok merupakan “gagasan” pemerintah.

Unnie Ani
Adiq Shalynn
Ajib
Izzat Ifah

Namun, dalam beratus komen yang dicatatkan, hanya seorang sahaja yang menemui jalan penyelesaian untuk menghentikan penularan virus COVID-19.

Izaac Soloman

Setakat hari ini (16 Julai), tiada lagi kemas kini tentang sama ada rakyat Singapura boleh berkumpul lebih daripada lapan orang untuk Hari Raya Haji. Nantikan penyataan rasmi.


Sumber: Dzar Ismail


Luahan wartawan: Aku buntu gais. Doa dah, tapi macam tak load. Aku rasa tiba masanya kita cuba chant kunci kakeng tak saleng patah. Maybe mujarab. Oklah bedek aku tak syirik. Tapi kalau tak try kita tak tau kan…


Sama ada kita raya ke tak, tak kisahlah. Health is more important…Redha jer lah nyah…


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page