Rangka Arwah Ditemui Dalam Parit
Penemuan rangka dalam longkang di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan, pada 25 April telah menggemparkan seluruh Malaysia.
Malahan, berita tentang pemergian Allahyarham Ahmad Farid Ahmad Alaudin, 19 tahun, datang secara mengejut buat keluarganya yang menyangkakan arwah dalam keadaan selamat.
‘TINGGALKAN’ KELUARGA SEJAK MAC
Keluarga arwah. Sumber: Penang Kini (Facebook)
Pada malam 13 Mac, Allahyarham, yang berasal dari Durian Tunggal Alor Gajah, Melaka, meminta izin ibu bapanya untuk menemui rakan sekerjanya di Tangkak, Johor.
Anak bongsu daripada lima beradik itu juga berkata dia hendak berjumpa saudara-mara yang tinggal di Bachang, Melaka.
Namun, sangkaan bahawa arwah dalam keadaan baik berubah setelah keluarga arwah menerima panggilan dari pejabatnya.
Gambar hiasan. Sumber: Inc.com
Menurut kakak arwah, Nur Syafiqa Ahmad Alaudin, pada 16 Mac, keluarga arwah diberitahu bahawa arwah tidak hadir ke kerja.
Risau, mereka segera menelefon rakan-rakan arwah.
“Kami menghubungi rakannya di Tangkak tapi diberitahu bahawa mereka tidak berjumpa pun pada malam 13 Mac seperti dirancang,” kata Syafiqa kepada Berita Harian Malaysia
Keluarga Allahyarham juga menerima maklumat bahawa arwah tidak ke Bachang.
Gambar hiasan. Sumber: The Spruce
Sebaliknya, dia telah ke Ampang, Kuala Lumpur, seorang diri menaiki motornya untuk meraikan sambutan hari jadi seorang kawan sekolah.
Menurut rakan arwah, arwah Ahmad Farid bergerak pulang ke Melaka pada 3:30 pagi malam berkenaan.
CUBA MENCARI ARWAH
Arwah Ahmad Farid. Sumber: Penang Kini (Facebook)
Keluarga arwah cuba mencarinya di Hospital Ampang setelah menerima kiriman Whatsapp daripada ramai kenalan bahawa arwah terlibat dalam kemalangan.
Mereka turut menghubungi Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bertanya jika pihak hospital telah menerima mangsa kemalangan tanpa identiti.
Gambar hiasan. Sumber: Polis Diraja Malaysia (Facebook)
Keluarga akhirnya membuat laporan polis mengenai kehilangan arwah di Balai Polis Durian Tunggal pada petang 16 Mac setelah usaha mereka untuk mencari arwah gagal.
Laporan kedua dibuat pada 22 Mac kerana tiada maklumat atau petunjuk diberikan oleh pihak polis.
RANGKA ARWAH DALAM LONGKANG
42 hari setelah arwah meninggalkan rumahnya, rangkanya dijumpai terlentang dalam longkang oleh Polis Daerah Nilai.
Memetik laporan Awani, jenazah reput itu masih memakai topi keledar dan berpakaian lengkap semasa ditemui pada petang kelmarin.
Kad pengenalan, lesen pemandu dan wang tunai RM 150 juga ditemui dalam dompet arwah.
Kad pengenalan arwah ditemui. Sumber: Penang Kini (Facebook)
Hasil siasatan pasukan forensik di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.
Jenazah telah dihantar ke HTJS untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comentarios