Rancangan ‘Flights To Nowhere’ SIA Dibatalkan, Ditukarkan Pula Kepada Restoran Dalam Pes
Singapore Airlines melancarkan restoran A380 setelah idea untuk mengadakan “flights-to-nowhere” dibatalkan kerana implikasi terhadap alam dan juga kos yang tinggi. Pelanggan SIA boleh merasai pengalaman itu pada 24-25 Oktober ini.
Pelanggan akan disajikan jamuan di kabin pilihan dalam pesawat “superjumbo” dua tingkat. Mereka boleh memilih daripada menu sajian antarabangsa istimewa SIA serta menu Peranakan direka khas oleh Cef Shermay Lee.
SIA mengesyorkan bahawa semua langkah kesihatan dan keselamatan akan dilaksanakan termasuk pembersihan rapi pesawat berkenaan. Pengunjung juga harus patuh pada peraturan jarak selamat 1 meter dan kumpulan yang terhad pada 5 orang.
Pesawat “superjumbo” tersebut akan dihubungkan dengan ruang gerbang menunggu melalui jambatan udara. Para pelanggan juga akan diberikan tiket untuk digunakan masuk kerana aktiviti tersebut akan dilakukan di kawasan larangan.
Diantara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuk pertunjukan seragam anak kapal selama sejarah SIA. Sesiapa yang memakai pakaian tradisional seperti kebaya, sari dan cheongsam pula akan menerima hadiah istimewa.
Tempahan bagi Restoran A380 bermula dari 12 Oktober di laman web KrisShop dan pelanggan boleh memilih kelas kabin mereka sendiri. Namun tempat adalah terhad untuk mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan Covid-19.
Buat mereka yang ingin merasai “in-flight catering” di rumah, restoran A380 boleh menghantar makanan dari menu first dan business class yang direka oleh cef terkenal di panel kulinari antarabangsa SIA. Tempahan bermula dari 5 Oktober.
Bagi mereka yang berminat dan ingin tahu, SIA juga akan mengadakan tinjauan kabin semasa cuti sekolah November. Para peminat dapat mengalami latihan yang dijalani para juruterbang SIA menggunakan “flight simulator”. Kanak-kanak pula akan berpeluang berpakaian sebagai anak kapal selama sehari. Baju seragam itu juga boleh disimpan oleh mereka.
Kaum wanita pula berpeluang untuk mempelajari cara dandanan dan solekan ala Singapore Girl dalam bengkel khas.
Tempahan buat tinjauan tersebut bermula dari 1 November dan tarikh lawatan ditetapkan pada 21-22 November dan 28-29 November.
Luahan Wartawan: Menarik tapi harga confirm melambung.
Tapi macam boring pun ada. Aku teringat “educational tours” time sekolah dulu. Historical places yes interesting tapi tiap-tiap tahun kena pergi Science Center sampai naik jemu.
Aku lebih rela pergi Universal World Studios ataupun Singapore Zoo. Tapi lain orang lain citarasa kan. So let’s see kalau ini dapat sambutan orang ramai.
Comments