“Ramai Yang Cuba, Ada Make It, Tapi Kami Tidak” Pengalaman Berniaga Di Kantin Sekolah
Minggu lalu, Plan_B berkongsi rencana “Canteen Vendor Breaks Down Cost Of Running Stall” yang telah menjadi viral menerusi Facebook Haida Waty.
Kali ini, seorang lagi telah tampil dengan versi pengalamannya sendiri, membesar dengan ibunya yang bekerja sebagai seorang penjaja makanan di sebuah kantin di sebuah maktab rendah – oleh Nasrun Mizzy
Beliau memulakan ceritanya dengan sepotong mukaddimah;
“The struggle is real and abundant. But the rewards are few. Only the strong (and already well-to-do) survive. Some made it, many didn’t. We didn’t.”
Dipendekkan cerita, (TLDR;)
Beliau mengimbas kembali semasa beliau masih bersekolah di darjah lima, beliau telah kehilangan ayahnya. Beliau mula membantu ibunya yang menjaja makanan Melayu untuk pelajar-pelajar di maktab Rendah Victoria (VJC) pada tahun 1984-1990.
Mereka bangun memulakan persediaan seawal 4:30 pagi setiap hari untuk pergi membeli bahan-bahan makanan mentah di pasar Geylang Serai. Perjuangan mereka di antara ramai lagi penjaja makanan untuk mendapatkan teksi, mengejar masa untuk sampai di pagar sekolah sebelum 6:00 pagi.
Tugasnya mudah sekali, untuk menggoreng telur dan memasak nasi. Kemudian, mengelap pinggan dan sudu garfu. Ibunya siapkan kuah mi rebus, dan hidangan-hidangan yang lainnya. Mereka harus bersedia untuk pelanggan pertama pada jam 6:45 pagi.
Mereka berdua bersaing dengan gerai no.2 yang mempunyai lebih ramai kakitangan dan hidangan.
Setiap masa rehat, walaupun mereka rasakan sudah banyak menjual hidangan, namun tidak terbanding dengan gerai sebelah yang telah terjual berlipat kali ganda.
Tugasnya juga untuk membasuh pinggan kotor untuk pelajar-pelajar lain yang belum turun untuk waktu rehat. Walaupun hanya berhempas-pulas kepenatan selama sejam, perjuangan mereka belum habis. Masih ada hidangan untuk waktu makan tengah hari untuk disediakan.
Wang pendapatan yang beliau kira untuk hari itu, walaupun nampak banyak, sebenarnya akan habis jua digunakan untuk membayar sewa dan bahan-bahan mentah untuk hari esok.
Begitulah keadaan mereka hampir setiap hari, ibarat kais pagi makan pagi. Hinggakan beliau terpaksa korbankan wang dapatan Hari Raya agar ibunya dapat meneruskan perniagaan. Ibunya akan menangis hingga tidur setiap malam, namun akan terus berjuang keesokan harinya sebaik sahaja api dapur dinyalakan.
“What Mama has taught me has made me what I am today. To never give any excuses. To never lie down and cower in the face of adversity. To ignore the naysayers and keep doing what you believe you’re good at.”
Beliau akhiri dengan pesanan tegas;
“So before we condemn canteen stallholders (or any other business owners, for that matter) for the way they put their price, go live their life for one day. See if you can survive it. Just for one day.”
Maklum balas warganet kebanyakannya tersentuh membaca kisah Nasrun.
Luahan wartawan: Siapa potong bawang ni haaaa…..?
Syabas kepada Nasrun yang berkongsi pengalamannya. Kalau ada cikgu-cikgu yang baca cerpen ni, mungkin boleh dapat full marks!
Atau mana-mana pengarah yang boleh jadikan telemovie. Hello Netflix?
Kadangkala, sebagai pelanggan, kita mungkin tidak sedar betapa biadapnya rungutan kita terhadap mereka yang bertugas dalam industri F&B dan dunia perniagaan ini. Kita tidak pernah mengalami apa yang mereka lalui saban hari, namun kita hanya menganggap mereka senang-senang meraih pendapatan dengan HANYA menyediakan makanan untuk kita.
“APA SUSAHNYA? KITA BAYAR, LAH!”
Sikap self entitlement seperti ini hanya menunjukkan betapa sombongnya kita sehingga meremehkan akan susah payah usaha mereka untuk menghidangkan semangkuk hidangan yang kita pesan.
Memang, kita boleh beli apa-apa sahaja dengan wang. Namun, dengan wang juga, hati kita boleh digelapkan, berubah menjadi hitam membeku…
ความคิดเห็น