top of page
Writer's pictureLintah Darah

Ramai Marah, Mural Pemimpin Kesayangan, Dicemar Kata-Kata Kesat Dan Vandalisme


Dicemar Kata-Kata Kesat Dan Vandalisme

Mural Pemimpin Kesayangan

Awal bulan ini, sebuah mural yang didedikasikan buat para pemimpin Malaysia mendapat perhatian warga Malaysia dan Singapura malahan juga, disokong pemimpin negara Malaysia — sampaikan ada yang tampil ke lokasi untuk bergambar dengan mural berkenaan.

mural yang didedikasikan buat para pemimpin Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bergaya bersebelahan gambarnya pada 11 Julai. Sumber: Twitter


VANDALISME


Bagaimanapun pagi tadi (20 Julai), mural tersebut dilaporkan musnah setelah diconteng dengan penyembur cat.


Berdasarkan video yang dimuat naik di Twitter, mata beberapa tokoh utama seperti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diconteng dengan penyembur cat merah.

Busuknye hati ??? pic.twitter.com/9jOQDKwTgm — Labu suka anak pak aji (@MrJamesLabu) July 20, 2020

Kata-kata kesat seperti ‘babi’ dan ‘bangsat’ juga disembur pada mural tersebut.

Siapa la yg busuk hati sangat ni Helu puliss helu MBSA

Sumber: Twitter

Kata-kata kesat seperti ‘babi’ dan ‘bangsat’

Sumber: Twitter


POLIS DAN BANDARAYA AMBIL TINDAKAN


Berikutan kes ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengutuk perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menerusi sebuah kenyataan akhbar.


“Pihak MBSA memandang serius terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah melakukan vandalisme dengan menconteng lukisan mural di kawasan komersial, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12.

lukisan mural di kawasan komersial,

Sumber: Facebook


“Tindakan vandalisme seperti ini amat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang telah bekerja keras dan komited dalam menangani wabak COVID-19,” catat MBSA.


MBSA telah mengambil langkah segera dengan mengecat semula dinding tersebut dengan cat putih dan membuat laporan polis.

MBSA telah mengambil langkah segera dengan mengecat semula dinding tersebut dengan cat putih dan membuat laporan polis.

Sumber: Facebook


REAKSI WARGANET


Secara amnya, warganet memandang rendah terhadap perbuatan penconteng dan simpati akan pelukis-pelukis mural, Muhammad Suhaimi Ali dan Abdul Hadi Ramli, kedua-duanya 27 tahun serta Muhamad Firdaus Nordin, 26 tahun.

FaridFuckingMercury
emai
Raquetheodds

Namun demikian, ada yang berpendapat mural tersebut ‘patut diconteng’ kerana wajah-wajah yang dilukis ‘tidak patut diberikan penghormatan’.

Ivan Chan TL40 X3
don

Seorang warganet pula mendakwa bahawa rakaman kamera litar tertutup dibocorkan dan pesalah merupakan seorang wanita.

The cctv footage has been leaked! Suprisingly, perempuan eh yang buat. pic.twitter.com/IwPV7lZOqg — illy (@_lisyanur) July 20, 2020

Walau bagaimanapun, kesahihan catatan ini belum disahkan mana-mana pihak. Para pelukis mural belum mengeluarkan kenyataan berhubungan kejadian ini.


Luahan wartawan: Ni mesti kerja supporters opposition Malaysia lah ni yang tak happy dengan kerajaan. Tak happy pergilah write in. Conteng mural buat apa? What kind of change can happen through vandalising? Tak fikir ke bahawa mural ni dibuat oleh anak watan Malaysia yang nak tunjukkan penghargaan kepada ketua negara? Forget about your political differences. It’s about respecting someone’s artwork.


And come on lah what is there to be unhappy about? Korang nak previous PM korang? The one yang tinggalkan korang separuh jalan tu. Ke korang nak bekas PM lagi satu yang tengah makan super ring? Please lah the current government is picking up the pieces and is trying their best untuk work things out.


Agak-agak lah kalau benci sangat dengan ketua negara pun, janganlah buat perangai immature macam ni. Kebencian kau ni bersebab ke kau saja nak tunjuk woke and rebellious?


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page