Raja Bomoh: Cara Membasmi COVID-19
Sekuntum cengkih, sedikit cekur sejengkal haliaTujuh helai sirih urat bertemu salaikan iaDarah si ayam putih, tujuh titis air mata buayaRumus di dalam cangkir diiringi jampi serapah
-Jampi Serapah, Dikir Temasek
Bukan. Itu bukanlah ramuan untuk membasmi COVID-19.
Menurut kepakaran Raja Bomoh, Dato Ibrahim Mat Zin, anda sebaliknya memerlukan sebiji glob plastik, dedaunan hijau, teleskop, air yang sudah dijampi, padi burung dan beras kunyit.
Dapatkan ‘blok’ atau peta begini. Pastikan ada ‘stand’ agar glob boleh diputarkan.
Beli juga seikat dua daun ini. Newsdesk kurang pasti apakah nama daun ini. Namun yang jelas, daun tersebut kelihatan kering dan tak fresh.
Teleskop bukan sebarang teleskop. Ini kacip gerangkas tujuh. Macam Raja Bomoh, dia gunakan moyang dia punya.
LANGKAH-LANGKAH
1. Imbas atau ‘scan’ glob menggunakan teleskop untuk mencari lokasi yang boleh dipulihkan. Sambil itu, berdoalah kepada Yang Maha Esa.
2. Taburkan padi burung diikuti dengan beras kunyit ke atas glob. Ini untuk memagar lokasi yang anda pilih dan untuk memastikan penyakit akan terbang keluar dari negara tersebut.
Taburkan berasmu.
3. Renjiskan air jampi ke atas glob menggunakan daun yang sudah disiapkan.
Renjis vigorously.
Bagi jampinya, ia berbunyi begini:
“Sebelum kata-kata aku terbalik dekat korang, baik doa banyak-banyak agar korang sekeluarga dilindungi.”
Just kidding. Raja Bomoh tidak mengongsi resepi airnya kepada penonton.
4. Akhiri sesi tersebut dengan doa. Bagi Raja Bomoh, sebahagian doanya adalah:
“Kita rakyat Malaysia, hati-hati. Sayangkan isteri dan anak-anak. Dan juga saya meminta kerajaan Malaysia, minta kepada Allah SWT bagaimana berbilang kaum telah berjumpa saya. Dan juga kaum India yang telah terbabas (di perhentian pelancong di karpet terbang nak balik Malaysia tak boleh??) Mereka tu semua ialah beli tiket dan nak balik ke Malaysia bagaimananya yang diberikan Menteri Pertahanan.”
Saya sayang rakyat Malaysia. Saya sayang semua bangsa.
Amin~
Luahan wartawan: Apeeeeee jer. Ni skala syirik keberapa aku pun tak tau. Ideas dia memang luar biasa. Daripada bahan-bahan yang digunakan, jampi dia, camera shots. Aku suka at the start cameraman buat close-up of Raja Bomoh spin globe abeh globe dia tersekat-sekat.
Jokes aside, biarlah. Lain orang lain cara. He’s trying to save the earth. Kau? Anggaplah dia ni macam a source of entertainment during this trying period.
Comments