Que Haidar Menambat Hati Penonton Dengan Watak Lembut
Sumber: New Straits Times
Malaysia – Fauziah Dato Ahmad Daud, Jalil Hamid, Khir Rahman, Puteri Balqis.
Itu adalah antara pelakon-pelakon “A-List” yang telah disenaraikan di dalam telemovie yang berjudul “Pencipta Pegang Waktu”.
Namun hanya seorang pelakon yang telah berjaya untuk menambat hati penonton dan meningkatkan nilai telemovie tersebut.
Beliau adalah Que Haidar.
LEMAH LEMBUT
Que yang berumur 41 tahun itu memegang watak Zakree atau lebih dikenali sebagai Zee, seorang lelaki yang lembut.
Meskipun mempunyai sifat kelembutan, beliau berusaha untuk memenang hati ayahnya, seorang bilal dan abangnya, Zaman.
Berbekalkan ilmu seni sulam dan menjahit yang dia telah dapat daripada arwah ibunya, Zee melarikan diri ke bandar dan bertekad untuk berjaya dengan bakatnya.
Keazamannya untuk membanggakan keluarganya walaupun dihina oleh seluruh kampung, menjadi aspek unik di dalam cerita tersebut.
SAMBUTAN LUAR BIASA
Oleh kerana watak Que yang agak teknikal akibat faktor “kewanitaan” itu, ramai penonton kagum dengan kemampuannya untuk menjayakan watak tersebut.
Pelakon terkenal, Sobri Anuar Tarmizi, juga memberi dorongan.
Akhlak Que yang murah hati di luar kaca televisyen juga patut dijadikan bahan pujian.
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Luahan wartawan: Haha, Que’s character reminds me of 2 local youtubers. (They recently released their own podcast)
There’s just one thing on my mind.
Both Que Haidar and Amerul Affendi are brilliant actors. Both have won awards. Tapi, the thing I find weird is that:
Relating to a previous case where Amerul tried to get an acting gig with a production house that requires 500k followers,
Amerul has 100k followers before but now, he has 285k.
Que has 408k followers.
Que dapat job tapi, Amerul tak.
(Both of them have less than 500k followers) Why is that? Favouritism?
Comentarios