top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Qatrina Yusri, 12 tahun, Penghidap Hereditary Spastics Paraplegia, Hembuskan Nafas Terakhir


Penghidap Hereditary Spastics Paraplegia

Qatrina Yusri, 12 tahun, penghidap Hereditary Spastics Paraplegia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Rabu, 2hb Jun 2021.


Penghidap kondisi Hereditary Spastics Paraplegia (HSP) menghadapi komplikasi pada sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang yang dipanggil ‘motor neuron’. Seseorang yang menghadapi penyakit ini akan mengalami kesukaran menggunakan kaki mereka.


Khabar hiba itu dimaklumkan di akaun Instagram (@qatrinayusri) pada sekitar 11 malam tadi.

Qatrina Yusri

Sumber: Instagram, @qatrinayusri

Hidup Allahyarhama Qatrina telah meraih perhatian ramai dari kalangan masyarakat Melayu/Islam. Beliau merupakan seorang individu yang amat disayangi oleh masyarakat Singapura khususnya. Beliau juga sering memberikan kata-kata semangat kepada orang ramai, lebih lagi kepada mereka yang terdekat dengannya.

Qatrina

Sumber: Instagram, @makeawishsingapore

Ramai personaliti dan selebriti terkenal di Singapura dan juga Malaysia turut meluahkan takziah mereka di lelaman facebook dan akaun Instagram masing-masing.


Bekas penyampai berita dan juga penghidap penyakit motor neuron (MND), atau dikenali sebagai Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS), Riz Sunawan, turut merakamkan kawat takziah kepada adik Qatrina menerusi laman instagramnya.

meluahkan takziah mereka di lelaman facebook dan akaun Instagram masing-masing

Sumber: Instagram, @rizsunawan

Pasangan selebriti yang masyhur dengan muzik dan juga podcast dakwah mereka, Noh Hujan dan Mizz Nina adalah diantara selebriti Malaysia yang terkesan dengan pemergian adik Qatrina. Mereka mengucapkan takziah mereka di akaun Facebook (Noh Salleh).

Pasangan selebriti yang masyhur dengan muzik

Sumber Facebook, Noh Salleh

Turut melahirkan rasa kesedihan adalah Syazwan Yunos, influencer yang dikenali dengan video-video berunsur komedi dan pengajaran, beliau memuatnaikkan sebuah instastory merakamkan nostalgia beliau ketika bertemu dengan adik Qatrina.

Syazwan Yunos

Perjuangan Qatrina dalam menempuhi cabaran Hereditary Spastics Paraplegia turut menawan hati para netizen sehinggakan mereka juga terkesan dan memberikan kata-kata takziah menerusi lelaman sosial masing-masing, antaranya:

muhammad fadly
taniayasmin
tantyamin
arfhatqh

Sumber: Facebook dan Instagram

Ruang-ruang komen juga dibanjiri ramai yang meluahkan kesedihan mereka setelah mendengar khabar pemergian Allahyarham ini.

ramai yang meluahkan kesedihan mereka setelah mendengar khabar pemergian Allahyarham ini.
Ruang-ruang komen juga dibanjiri ramai
komen juga dibanjiri ramai

Semangat juang Qatrina bukan saja wujud di media sosial, malahan dari sudut kata-katanya dan tutur bicara kepada semua pengikutnya. Antaranya yang terakam adalah sebuah video yang dihasilkan oleh ScreenBox Pte. Ltd. ketika merakamkan perjalanan kehidupannya, dan adik Qatrina melafazkan kata-kata semangat ini:

Semangat juang Qatrina
merakamkan perjalanan kehidupannya, dan adik Qatrina melafazkan kata-kata semangat

Sumber: Facebook, ScreenBox Pte Ltd

“There are kids who cannot see, who cannot talk, who cannot hear, but I can. So, alhamdulillah!”

Hanya tinggal kenangan, gambar dan video sebagai pembakar semangat semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham adik Qatrina dan ditempatkan diantara para Anbiya’ dan orang-orang soleh. Syurga menantimu, Qatrina.


Luahan Wartawan: Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.


Penat sudah engkau berjalan, kini masa engkau berehat. Adik Qatrina, you have been an inspiration to many. Myself, included. Rest well dear, you’re in a better place now. Syurga menantimu, indeed.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify







Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page