Puan Halimah Pelanggan Setia Perniagaan Home Based
Tak seperti eeqa4president, presiden legit Singapura, Presiden Halimah Yacob, merupakan penyokong tegar bisnes dari rumah (HBB).
Turut terkesan dengan pergantungan HBB, Presiden Halimah berkongsi perasaan dan pandangannya di Facebook petang tadi (1 Mei).
AIR TANGAN PENIAGA HBB PILIHAN #1 PRESIDEN
Sering sibuk dengan urusan negara, Presiden Halimah bergantung pada khidmat HBB pabila raya menjelang.
“Saya betul-betul suka akan kepelbagaian dan kemudahan yang disediakan peniaga HBB buat wanita berkerjaya seperti kita.
“Tiap-tiap tahun, saya membeli kuih Hari Raya daripada peniaga HBB bukan sahaja untuk menyokong mereka tetapi juga kerana mereka menyajikan kuih yang kena dengan selera saya,” nyata Presiden Halimah, yang berharap agar beliau boleh menempah kuih tahun ini jika bilangan kes merosot.
SIMPATI AKAN NASIB PENIAGA HBB
Sebagai individu yang bekerja rapat dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (SMCCI) buat bertahun lamanya, Presiden Halimah faham bahawa HBB merupakan sumber pencarian buat ramai keluarga di Singapura — lebih-lebih lagi sewaktu Ramadhan, di mana peniaga HBB boleh meraih ‘bonus’.
Tahun-tahun lepas
“Meskipun mereka (peniaga HBB) menjual kuih sepanjang tahun, Ramadhan merupakan bulan di mana mereka boleh membuat pendapatan paling tinggi. Dengan apa yang diperoleh, mereka dapat menampung perbelanjaan Hari Raya dan menabung wang bagi keperluan lain.
“Lagi-lagi dalam keadaan meruncing ini, pendapatan dari HBB lebih kritikal kerana ada yang mempunyai pasangan yang kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji dek COVID-19,” kata Puan Halimah.
Tahun ini…
Tambahnya lagi, mereka juga tidak mempunyai modal untuk mengelolakan perniagaan di luar disebabkan kos yang tinggi.
Ramai peniaga HBB juga tidak boleh keluar bekerja atau membuat kuih di dapur pusat kerana harus menjaga anak-anak dan ibu bapa yang sudah uzur.
SOKONGAN BUAT PENIAGA HBB
Walaupun terkilan kerana tidak dapat membeli kuih buat masa ini, Presiden Halimah berasa gembira kerana para peniaga yang mendaftar dengan SMCCI layak menerima $500 di bawah Dana Bantuan Sementara.
Beliau berharap agar SMCCI akan terus membantu peniaga HBB supaya mereka dapat meraih manfaat sepanjang tempoh ‘high demand’ ini.
Dalam pada itu, beliau juga menggesa rakyat untuk mematuhi peraturan pemutus jangkitan (CB).
“Saya menantikan kuih-muih anda. Tapi tolonglah patuhi peraturan-peraturan CB yang bertujuan untuk menyelamatkan kita daripada dijangkiti COVID-19,” pesan Presiden Halimah.
Dia juga mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ kepada umat Islam setempat.
Luahan wartawan: Ah tu lah kecoh-kecoh lagi kan Ma’am dah sound. Dengar cakap Mak Limah. Kalau korang degil, tak nak dengar kata, Mak Limah merajuk tak nak beli kuih korang baru tau. But I don’t think she’s like that lah. Dia dah up there pun tetap sokong rakyat. President ciplak tu? Hmmm…
Hang in there fellow peniaga HBB! Help is coming your way!
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg
Comments