top of page

Program Mentor Buat Anak Melayu Singapura

Writer: Belalang BiruBelalang Biru

Program Mentor Buat Anak Melayu Singapura

Pelbagai rangkaian sokongan dan bantuan dikelolakan oleh M³ — Muis, Mendaki dan Mesra untuk memberikan jaminan kepada masyarakat bahawa mereka tidak keseorangan.


Antaranya adalah program mentor yang diusahakan oleh Mendaki.

program mentor yang diusahakan oleh Mendaki

Sumber: Mendaki


Interaksi antara mentor dan para pelajar.


Program tersebut, yang dibuka khusus buat belia setempat, bukanlah sahaja peluang bagi anak muda untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan alam persekolahan atau pekerjaan kepada mentor mereka.


Malah, ia juga sebuah wadah untuk mereka ‘memahami dunia’ dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuat keputusan yang terbaik buat diri mereka pada masa hadapan.

Puan Rahayu bersama OKLETSGO.

Puan Rahayu bersama OKLETSGO.


Menukil perkongsian Anggota Parlimen GRC Jurong, Puan Rahayu Mahzam di podcast OKLETSGO, pendekatan yang ditawarkan di program-program mentor Mendaki berbeza dengan pendekatan yang dialami dalam perkarangan rumah.


“Melalui kaedah ‘Gift-Centred Mentoring’ para mentor dilatih untuk mendekati seseorang secara jujur dan ikhlas untuk membantu agar individu yang dalam kesusahan itu tidak berasa rendah.


“Pada masa yang sama, para belia juga boleh meraih nasihat yang menyeluruh daripada mentor.

“Contohnya untuk segelintir belia, apabila mereka meminta pandangan ibu bapa tentang pemilihan subjek di sekolah, ibu bapa tidak dapat memberikan nasihat yang memuaskan.

“Jadi dengan bimbingan mentor, belia tersebut dapat membuat pilihan yang lebih tepat buat dirinya,” kongsi Puan Rahayu.

Sesi beramah mesra antara Puan Rahayu, para mentor dan penerima bantuan

Sumber: Mendaki


Sesi beramah mesra antara Puan Rahayu, para mentor dan penerima bantuan.

Dalam pada itu, Puan Rahayu turut mengalu-alukan penyertaan belia-belia yang berkaliber untuk menjadi mentor bagi contohnya, program Empowerment @ ITE dan mentor di pusat-pusat Mendaki di Jurong, Choa Chu Kang dan Tampines.


Beliau turut menyeru kepada ibu bapa untuk menyertakan anak-anak mereka dalam program mentor agar anak Melayu Singapura mempunyai hala tuju dalam kehidupan.

Puan Rahayu

“Selalunya kita rasa keseorangan, terutama sekali bila kita ditimpa masalah atau dalam kesusahan.


“Namun, jika kita dapat luangkan sedetik waktu untuk ‘pandang ke atas’, pasti ada orang yang akan membantu.”


Lungsuri lelaman www.mendaki.org.sg untuk maklumat lanjut tentang progam-program kendalian Mendaki dan peluang untuk menjadi mentor.


Untuk mendengar podcast ini, click link dibawah ini:


Part 1: Darah Muda


Part 2: Darah Muda


Part 3: Darah Muda

RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page