Prank Agihkan ‘Daging Korban’ Berisi Sampah Membawa Padah, Youtuber Ditangkap
Dua prankster Indonesia diberkas setelah didakwa melanggar Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti dan melanggar etika kesopanan.
Empat hari lalu, Edo Putra dan rakannya memuat naik video memberikan sampah kepada dua orang wanita, namun memberitahu mangsa bahawa beg plastik hitam yang diterima mengandungi daging.
Pada awalnya, mangsa-mangsa kelihatan terharu tatkala menerima agihan tersebut.
Namun setelah mendapati mereka ditipu, kedua-dua mangsa menghumban beg plastik yang diterima.
Sebagai penutup video, Edo dan kawannya kembali ke rumah-rumah mangsa untuk meminta maaf dan menghulurkan IDR 500,000 (S$46.86) agar mereka dapat membeli daging sendiri.
Meski begitu, para penonton masih tidak berpuas hati dan telah melaporkan video berkenaan.
Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Tonton video penuh:
Luahan wartawan: Ala sensitivenya orang ni semua. Dah katanya prank, mestilah controversial. Lagipun dorang dah minta maaf, siap kasi duit lagi. Apa yang jahat sangat sampai kena hukuman penjara semua ni?
Tak ke lebih afdhal kalau hukuman seberat ini diberikan kepada mereka yang deserving? Contohnya drug dealers, terrorist, rapist…Kasi Youtuber jail sentence for whatttt? Kan hiburannnnnn.