Poster Wanita Menjadi Imam Dalam Sholat Berjamaah Menjadi Perbualan Netizen, Tak Sabar Tengok Drama
Sebuah drama baru berjudul “Jalan Sesat Ke Syurga” bakal ditayangkan dari hari Isnin ke Khamis, di Astro Prima dan Prima HD di jam 6 petang pada tanggal 3 Ogos.
Drama arahan Shuhaimi Zulkeffli menarik perhatian warganet kerana membongkar kisah benar kesesatan agama yang berlaku di Malaysia suatu ketika dahulu.
Rata-rata ramai netizen memberikan sambutan hangat buat “Jalan Sesat ke Syurga” kerana topik kontroversi yang dikemukakan.
Ada yang meluahkan bahawa drama melayu harus meneroka topik-topik seperti ajaran sesat dan sebagainya selain daripada kisah-kisah cinta kerana ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan am.
Namun begitu, ada juga diantara netizen yang berasa bimbang jika anak-anak muda terpengaruh dengan adegan ajaran sesat yang di tayangkan. Isu ini juga hangat diperdebatkan antara mereka.
i got ur points but somehow this kind of exposition is important to children so they will learn from it. it's better to be exposed rather than to be explored by the children themselves. therefore, parental guidance is necessary in ensuring that the intended message is delivered. — h i s h a m (@abcdefghisham) July 26, 2020
Tetapi, komen ni yang paling win.
Luahan Wartawan: Finally, a non-cliched malay drama.
Aku dah penat tengok cerita lelaki kaya kahwin perempuan kampung, kena paksa kahwin pasal harta la, jodohku abang foodpanda la, meeting memanjang dalam boardroom tapi habuk pun takde.
Drama Nur aku suka tapi tu pun meleret jugak last-last.
Dengar-dengar, Aaron Aziz dengan Jalaluddin Hassan berlakon dalam drama ni. Quite an all star cast from what I read.
I hope this show explores the persuasive powers of a charismatic leader and how people can be influenced by a certain ideology. Most of the times, people don’t realize that they are being manipulated by a charming cult leader because these individuals can speak really well.