Post Video Memasak, Raih 378,000 Subscribers Di Youtube
Sumber: thestar.com.my
Ramai diantara kita yang menonton Youtube, namun begitu, adakah pernah terlintas di fikiran untuk membuat isi kandungan tersendiri? Ia kedengaran seperti sukar namun ia boleh dikecapi.
Pasangan suami isteri dari Malaysia ini bergabung tenaga untuk berkongsi resepi masakan mereka untuk seluruh dunia.
Puan Pavithra yang berasal dari Ipoh telah meraih 378,000 subscribers di saluran Youtube nya, Sugu Pavithra dalam tempoh masa 4 bulan, walaupun dia hanya memulakan kerjayanya sebagai Youtuber pada 29 hari bulan Januari.
“Hidangan pertama saya adalah ikan tilapia panggang dan saya bertutur dalam bahasa melayu sepanjang video. Dalam masa 4 hari, saya berjaya merangkul 5000 subscribers dan saya ditawarkan untuk menjadi partner mereka.”
Resepinya yang disertakan langkah terperinci, ringkas dan lazat membuatnya popular di kalangan rakyat Malaysia. Ditambah dengan kefasihannya dalam Bahasa Malaysia, ia tidak menghairankan mengapa dia menjadi kegemaran negara.
Puan Pavithra berkata bahawa dia dan suaminya memilih untuk berkongsi resepi yang mudah seperti terung goreng belacan, kangkung goreng dan kuih ketayap kerana ramuannya senang didapati di rumah supaya lebih ramai orang boleh bermanfaat daripada kongsiannya.
Sumber: thestar.com.my
Dia hanya menggunakan cawan sebagai penyandar telefon bimbitnya kerana tidak mempunyai tripod untuk merakamkan videonya.
Selain itu, puan Pavithra juga mengongsikan bibit-bibit kehidupan sehariannya bersama keluarga yang menikmati masakan beliau.
Sehingga kini, puan Pavithra telah memuat naikkan lebih daripada 70 video dengan jumlah tontonan hampir 5 juta. Subcribers beliau termasuk selebriti seperti pembina badan Sazali Samad dan Youtuber jepun IChang RM.
Menurut Bernama, pasangan ini tidak menganggap diri mereka sebagai selebriti kerana mereka masih lagi bereksperimen dengan resepi dan berharap subscribers mereka akan mencuba perkongsian mereka.
Luahan Wartawan: Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih
walaupun mempunyai peralatan yang basic, dia tetap membuat content kerana keinginan beliau untuk berkongsi ilmu bersama orang ramai. Tengok her recipes, memang mudah and looks delicious. It goes to show that if you’re passionate, you can achieve what you set your heart to.
Mana yang berjinak-jinak masuk dapur, baru nak belajar masak boleh cuba resepi yang dimuat naikkan. Selamat maju jaya.
Comments