“Pompuan Tu Memang Violent…Tapi Dorang Takleh Handcuff Dia Siol” Pakcik Tularkan Video Penangkapan
Video seorang wanita ditahan dengan “kekerasan” oleh pihak polis yang tular menjadi perbualan warganet. Kejadian tersebut dirakamkan di perhentian lampu isyarat Ang Mo Kio.
Wanita tersebut menjerit berulang kali dalam bahasa Mandarin, mengatakan pegawai polis sedang memukul beliau semasa mereka cuba membantunya. Kedengaran suara warganet yang merakamkan video tersebut mendakwa pegawai polis telah mengendalikan wanita tersebut dengan cara yang kasar.
Suara wanita boleh didengar berkata dalam bahasa Melayu:
“Asal dia handcuff perempuan tu, dia mana boleh handcuff perempuan tu siol?”
Seorang lagi suara lelaki yang memakai baju merah, menjerit pada pegawai:
“Eh hello, dia seorang wanita, anda tahu? […] Eh, jangan guna kekerasan lah!”
Beliau kemudian melintasi jalan dan terus menjerit, kali ini mengutuk pegawai dalam bahasa Melayu.
Lelaki tersebut juga menambah dalam nada menjerit:
“Korang menggunakan kekerasan! Aku nampak dari tadi. Korang lelaki mana boleh buat dia macam tu. Kalau pegawai perempuan lain.”
Menurut polis dalam laporan Mothership, wanita tersebut ditahan bawah Akta Kesihatan Mental. Polis mengatakan bahawa mereka menerima panggilan untuk bantuan pada jam 4:43 petang pada 14 Dis berhubung seorang wanita yang “dipercayai tidak kuat fikiran dan mewujudkan masalah”.
Apabila pegawai polis tiba, mereka cuba menenangkan wanita berusia 43 tahun itu namun beliau tidak bekerjasama, mula menjerit dan bertindak secara agresif.
Warganet memberikan pendapat mereka dalam ruang komen. Ramai yang mengatakan bahawa lelaki tersebut tak patut “viralkan” video tersebut kerana ia boleh menimbulkan prasangka kurang baik terhadap pasukan polis.
Betul juga katanya, jangan kacau polis sedang bertugas.
Bukan senang untuk menenangkan orang sedang histeria ataupun kurang waras.
Tak salah kata dia, adab tu menunjukkan bangsa, bang.
Orang kalau faham tanggungjawab dan undang-undang, takdela jadi kecoh.
Tu dia, kesian polis.
Video tersebut memaparkan seorang pegawai yang cuba menenangkan wanita tersebut. Wanita itu kemudian membalas: “Saya hanya mahu mendapatkan nafkah di sini, hanya mendapat cukup untuk makan sudah boleh … Biarlah saya, keluarkan handcuff, kita semua Cina.”
Cara lelaki melayu yang cuba menolong wanita tersebut menjadi perbualan kerana bahasanya kurang sopan. Pegawai polis dimaki apabila mereka tidak mengendahkan beliau.
Setelah memaki mereka, beliau berkata dalam bahasa Melayu: “Kalau pegawai wanita, takpa korang semua lelaki.”
Seorang anggota polis menjawab: “Dia sedang agresif terhadap kami … kami melakukan tugas kami.”
Pegawai itu kemudiannya menunjukkan lanyard yang patah dan menjelaskan: “Jika dia tidak melakukan semua perkara-perkara ini, saya tidak akan pergi untuk menahannya.”
Pegawai polis terus cuba menenangkan wanita itu, tetapi beliau terus berdegil walaupun telah digari.
Dia kemudian menjerit dalam bahasa Mandarin: “Polis sedang menangkap saya! Mengapa anda menangkap saya? Tolong!”
Pegawai polis wanita kemudiannya tiba di tempat kejadian untuk membantu.
Pihak polis menjelaskan bahawa mereka mempunyai kewajipan untuk melindungi nyawa dan harta benda serta menjaga keamanan dan ketenteraman. Pegawai lelaki dibenarkan untuk menahan wanita dalam melaksanakan tugas mereka, tanpa pegawai wanita yang hadir.
Wanita itu ditahan di bawah Seksyen 7 Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan).
Luahan Wartawan: Kecoh pe.
Bang, kau cuba tolong orang yang mabok ke kurang siuman. Baru kau tau betapa susahnya. Dorang ni sekuat gorilla tau.
Polis tak akan menggunakan kekerasan, lagi-lagi depan khalayak orang ramai. Gila pe, tu periuk nasi dorang. Dorang bukan russian soldiers.
Nak jadi hero pun, tengok tempat. Saje je nak carik hal. Nak viral sangat kan?
Enjoy la your one minute of infamy.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments