Polis Sangkal Dakwaan Guna Kekerasan Yang Berlebihan Dalam Video Viral Clarke Quay
Sekeping rakaman video telah menular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan anggota polis sedang memberkas beberapa lelaki yang sedang berkelahi.
Sumber: Facebook, The Online Citizen Asia
Rakaman tersebut, yang telah dimuatnaik di lelaman Facebook The Online Citizen Asia dan telah mendapat lebih daripada 680 likes, 630 komen dan 900 shares juga dilihatkan anggota polis menggunakan kayu belatan ketika memberkas suspek-suspek tersebut.
Sumber: Facebook, The Online Citizen Asia
Di dalam kenyataan tersebut, pihak polis juga mengesahkan bahawa empat orang telah diberkas setelah tercetus satu pergaduhan di Clarke Quay.
Dua lelaki berusia 18 tahun dan seorang lagi berusia 22 tahun, ditangkap atas kesalahan bergaduh dan mengganggu ketenteraman awam manakala seorang lagi suspek berusia 16 tahun pula ditangkap kerana menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perkhidmatan awam.
Sumber: Facebook, The Online Citizen
Semasa pergaduhan itu, lelaki 18 tahun yang disebutkan dipercayai telah menyondol lelaki 22 tahun tersebut. Beliau dikatakan mengalami kecederaan di muka semasa pergaduhan itu manakala dahinya berdarah.
Kedua-dua suspek diberikan bantuan perubatan oleh para pegawai dan paramedik di tempat kejadian.
Suspek 18 tahun itu kemudian dihantar ke hospital di mana laporan awal perubatan mengesahkan luka pada bahagian dahi, menurut polis, sambil menambah tiada kecederaan serius lain dilaporkan.
Suspek berusia 16 tahun tersebut pula ditangkap apabila beliau menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai polis yang sedang memberkas suspek yang berumur 18 tahun tersebut sambil mencegah pegawai itu daripada melaksanakan kerjanya.
Ruangan komen posting rakaman video tersebut penuh dengan komen yang memuji tindakan pihak polis.
Sumber: Facebook, The Online Citizen Asia
Menurut pihak polis juga, rakaman video yang dimuatnaikkan itu tidak memberi gambaran sepenuhnya apa yang terjadi. Pihak polis juga menasihati orang ramai supaya jangan menyebarkan matlumat yang tidak berasas.
Siasatan polis masih lagi dijalankan.
Luahan Wartawan: Senang sangat for netizens in Singapore to say police brutality. Honestly for me, people in Singapore belum pernah betul nampak lagi what police brutality is until they go to other countries. Police in Singapore has always carried out their duties in accordance to what they can or cannot do. Orang pun carik rezeki bro
Podcast Plan B minggu ini!