Polis New Zealand Memperkenalkan Hijab Sebagai Seragam Untuk Anggota Muslimah
Pasukan polis New Zealand memperkenalkan hijab buat pertama kalinya sebagai pakaian seragam buat anggota muslimah.
Zeena Ali, 30 tahun, yang menjadi model buat uniform baru itu juga merupakan pereka hijab tersebut. Menurut Zeena, rekaan tersebut adalah hasil kerjasama beliau, Kolej Polis Diraja New Zealand dan Massey Design School.
Sumber: Daily Encourager
Zeena bertekad untuk menyertai pasukan polis selepas serangan masjid di Christchurch 2019. Menurut beliau, lebih ramai wanita Muslim diperlukan dalam pasukan polis untuk membantu masyarakat Islam.
“Ramai wanita muslim gerun untuk bercakap dengan polis dan besar kemungkinan akan mendiamkan diri apabila berhadapan dengan anggota polis lelaki di depan pintu.”
Zeena mempercayai jika lebih ramai wanita Islam tampil dalam pasukan barisan hadapan, jenayah mungkin dapat dikurangkan.
Zeena merupakan muslimah pertama dalam sejarah New Zeland yang memakai seragam berhijab itu untuk majlis pengijazahan daripada Kolej Polis Diraja New Zealand.
“Selepas melihatnya, saya yakin, lebih wanita muslimah akan ingin sertai pasukan polis.”
Pasukan polis New Zealand mengatakan mereka mengiktiraf perbezaan di kalangan masyarakat berbilang agama di negara itu dan langkah ini amat dialu-alukan.
Luahan Wartawan: Syabas New Zealand kerana langkah progresif ini.
There is hope, maybe one day our country will be able to design a functional but safe for work hijab for all the uniformed frontliners.
Kita berdoa dan berusaha ye.
Podcast Plan B minggu ini!
Comments