top of page
Writer's pictureLintah Darah

Polis Menyiasat Tindakan Fanpage Menghina Kitab Injil Dan Al-Quran


Menghina Kitab Injil Dan Al-Quran

Pos yang dimuatnaikkan di Facebook NUS Atheist Society baru-baru telah mendapat kecaman hebat daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

K Shanmugam Sc

Kandungan sensitif tersebut, yang memaparkan gambar Bible dan Al-Quran dengan kapsyen ‘Untuk digunakan sewaktu kekurangan tisu’ juga mendapat perhatian polis dan Penguasa Pembangunan Media Infokomunikasi (IMDA).


Pihak Facebook turut diminta untuk tidak membenarkan pos sedemikian rupa dibentangkan di Singapura.

NUS Atheist Society

Walaupun pos tersebut telah mendapat kritikan, NUS Atheist Society seolah-olah tidak serik lalu memuatnaikkan sebuah lagi pos yang berbunyi:


“Terima kasih kerana menghakimi kami dengan jenayah fikiran (thoughtcrime). Justeru, sila gunakan ia (gambar di bawah) secara berhati-hati semasa ‘krisis tisu’.”

Terima kasih kerana menghakimi kami dengan jenayah fikiran (thoughtcrime). Justeru, sila gunakan ia (gambar di bawah) secara berhati-hati semasa ‘krisis tisu’.

Menyusli pos kedua ini, warganet turut menghamun akaun tidak bertamadun tersebut dan berharap agar individu di sebalik pos-pos itu dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Jason Wyattearp
OZ Mohamed
Kailoon Teo and Melvin Ch
Jet Tan
Zakaria Heng

Kes ini sedang dalam siasatan. Dalam pada itu, Encik Shanmugam menegaskan bahawa catatan menyakitan tidak akan diambil ringan dalam negara berbilang agama dan bangsa ini.


Luahan wartawan: Kalau tisu dah habis, gunakanlah wipes atau air. Takkan tu pun kena ajar? Tak ke leceh nak cari kitab, koyakkan, lap bontot lagi ?


Kalau anti-religion sekali pun, diam-diam sudahlah. Yes, kau ada hak untuk cakap anything you want tapi don’t be not clever and put it TWICE on the internet, ngok. Kan dah kena dengan minister. Tahniah.


Kuddos juga kepada Encik Shanmugam and the team atas tindakan yang lincah. Orang-orang lancang macam ni kena sit through Pendidikan Sivik dan Moral.

Comentários


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page