Podcast Empat Bapa Pecahkan Cengkaman Algorithm, Kembali Nombor Satu Di Spotify
Apa agaknya yang akan berlaku jika para bapa dikumpulkan di bawah satu studio?
Bagi empat orang bapa Muslim ini, bukan, bukan gosip. Sebaliknya, ini semua kerana algorithm.
Ada semacam ‘kegembiraan’ yang mereka berikan kepada pendengar-pendengar setia mereka.
Empat bapa moden itu telah menjadi podcast ‘No 1’ dalam carta podcast Spotify di Singapura selama dua tahun sebelum Spotify menukar algorithm mereka bagi membenarkan podcast yang menjana pendengar baharu untuk mendaki carta.
Algorithm Spotify membuatkan carta tidak menentu.
Empat bapa old skoolz ini terdiri daripada jejaka-jejaka yang dikansel tetapi bangkit ibarat phoenix.
Mereka bukan influencer, bukan artis, tetapi mereka adalah usahawan. Mereka adalah Dzar Ismail, Dyn Norahim, Raja Razie dan Alex R.
Itu bukan Alex. Itu Imm Streamways.
Semestinya pencapaian itu membanggakan bapa empat sekawan itu kerana carta nombor satu sebelum ini dikuasai oleh podcast LOVE 97.2 selama hampir dua hari.
“Saya kagum dengan LOVE 97.2 kerana mereka fleksibel dalam membuat kandungan bukan sahaja untuk radio, malah juga untuk digital media. Sangat luar biasa sekali.
“Apabila kami jatuh ke tangga empat, kami rasa ‘Oh, ok. Ini algorithm kot.’ Dan ternyata kami benar,” ujar Dzar.
Ketika ditanya Razie tentang perasaan beliau, beliau mengatakan:
“Saya bangga dengan pencapaian ini tetapi saya tidak membenarkan ia untuk masuk kepala saya. Eh apasal kau tanya banyak sangat ni? Aku tengah rehearsal untuk Wajik dan Dodol tau.”
Temu bual wartawan terpaksa dihentikan kerana mereka sedang sibuk berlatih untuk persembahan livestream Wajik dan Dodol.
Jangan lupa untuk menyaksikan Wajik dan Dodol pada 12 Mei mulai 10 malam di Facebook OKLETSGO!
Dibawakan khas kepada anda oleh First Aid SG, TAQWealth, Khalifah Realtors, PopMotif, Lim Ah Boy, Wali Fragrance Finest, Koo-Eh Legacy.
Podcast Plan B minggu ini!