Pisang Pemuas Nafsu Dalam Penjara Wanita
Sumber: Straits Times
Newsdesk menerima kiriman e-mel daripada Miss H, seorang bekas banduan di Penjara Wanita Changi (CWP), yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun sembilan bulan ekoran jenayah pecah amanah (CBT) pada Mac 2004.
Miss H, yang pada ketika itu berumur hanya 24 tahun, berkongsi pengalaman pahit manisnya dalam penjara bersama OKLETSGO.
Amaran: Kisah yang dikongsikan adalah pengalaman Miss H. Anggaplah ia sebagai luahan semata-mata.
TERSEPIT DALAM JERAT SENDIRI
Sumber: iStockphoto
16 tahun lalu, Miss H terlibat dalam kes penipuan kad kredit dan wang tunai dan berjaya meraih $768,000 daripada jenayah tersebut.
Dari situ, dia dan sepupunya sempat menggunakan sekitar $100,000 sebelum aktiviti mereka diketahui pihak berkuasa.
46 tuduhan didakwa terhadap mereka berdua namun cuma enam daripada itu dikenakan atas Miss H. Menurut Miss H, segala aktiviti songlap mereka berjalan dengan lancar sehinggalah dia dan sepupunya tersilap langkah.
Antara kegiatan yang dilakukan termasuk mencari alamat yang betul untuk menerima kad kredit yang sudah diluluskan, mendapat nombor telefon yang tidak terdaftar agar kegiatan mereka tidak dikesan, kepada salin-tampal dokumen CPF dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) untuk menukar butiran.
DOKTOR DI PENJARA TIDAK ADIL
Sumber: ahseeit.com
Apa yang difahamkan, Miss H telah kehilangan ramai rakan sepenjara dek sikap sambil lewa para doktor di CWP.
“Tiada perubatan sempurna diberikan kepada banduan dan terdapat banyak kes kematian disebebakan tuberkolosis. Tapi, saya diberitahu rekod menyatakan banduan tersebut mati biasa (natural death).”
BERSALIN SEBAGAI BANDUAN
Sumber: Bachelorette.com
Sudahlah bersalin tanpa suami di sisi, tangan pula digari sewaktu meneran bayi.
Menurut Miss H, banduan yang hendak melahirkan akan digari semasa bersalin di hospital.
Selepas itu, hidup mereka kembali sebagai banduan.
Malah, Miss H, yang hampir dinobatkan sebagai Prison Idol dalam sebuah pertandingan nyanyian, berkata dia pernah menyaksikan para ibu membesarkan anak mereka di dalam sel dan secara tidak langsung, bayi tersebut juga dianggap sebagai banduan.
“Macam kami, bayi pun diberi ration lampin, pakaian dan mainan.”
SEKS
Sumber: Getty Images
Bayangkan hidup tanpa seks. Boleh trip tau.
Sebagai pemuas nafsu, Miss H berkata ramai banduan menggunakan pisang.
Namun, pengagihan pisang diberhentikan setelah seorang banduan ‘ditangkap bersetubuh dengan sebatang pisang.
“Hari-hari, kami boleh memilih antara epal, oren atau pisang. Tapi selepas insiden itu…Oh damn. Ramai banduan rindukan pisang!”
HUSTLE DEMI HASIL
Sumber: Getty Images
Meskipun dalam penjara, Miss H berkongsi bahawa peluang pekerjaan diberikan kepada para banduan.
“Bekerja dalam penjara menyeronokkan. Tapi, ia tidak begitu berbaloi sebab kami hanya dibayar $6.30 hingga $8.10 setiap minggu berdasarkan pengalaman bekerja kami dalam penjara. Dengan duit itu, kami boleh beli dua coklat, satu tin kecil susu pekat untuk dimakan dengan roti dan biskut.”
SURAT CIPAP
Sumber: indiamart.com
Newsdesk kurang pasti jika para banduan tidak dibolehkan bergaul antara satu sama lain kerana cara bersosial yang diterangkan Miss H ini agak menjengkelkan dan jijik…
“Nak tahu macam mana kami bertukar mesej? Kami gulung surat itu, lekatkan pada bahagian pelekat lampin wanita dan bentukkan sehingga ia sekecil saiz ibu jari. Selepas itu kami jolok gulungan tersebut dalam kemaluan dan pergi ke mana saja dengan surat itu di dalam badan kami. Tiba masanya untuk bertukar surat, kami akan teran keluar surat tersebut.”
SKILLSFUTURE VERSI CWP
Sumber: furrytips.com
Sebelum ini, podcast OKLETSGO telah berkongsi bagaimana para banduan lelaki membuat tatu menggunakan dakwat daripada majalah.
Di penjara wanita pula, mereka sibuk mencantikkan diri mereka dengan membuka salun sendiri.
Perkakas pertama yang diperlukan adalah tulang ayam.
Ikuti langkah-langkah ini:
1) Kerik tulang ayam tersebut pada dinding sehingga tajam
2) Potong rambut anda
Tak percaya? Bacalah testimoni Miss H:
“Rambut betul-betul boleh putus. Dalam satu hari, rambut paras pinggang kita boleh potong kasi bob cut.”
Kening bersepah? Misai halus mula tumbuh? Usah khuatir. Gunakan tikar. Ikuti langkah-langkah ini:
1) Leraikan benang daripada tikar
2) Thread bulu yang anda tidak mahu
Bagus tikar ni. Nak buat lock pun boleh!
Ingin mendengar kisah Miss H, click link dibawah:
Part 1: Catch Me If You Can
Part 2: Orange Is The New Black
Part 3: Living With Yourself
Comments