top of page

Pesawat Terhempas, Pilot Cuma Makan Roti Selama 36 Hari, Berat Badan Turun Mendadak

Writer's picture: Chap ChaiChap Chai

Pilot Cuma Makan Roti Selama 36 Hari

Seorang juruterbang daripada Brazil berjaya ditemui dengan selamat selepas 36 hari menghilang setelah pesawat yang dipandunya terhempas di tengah-rengah hutan Amazon.


Antonio ‘Toninho’ Sena berlepas pada 28hb Januari lalu dari Alenquer, Para, di wilayah Utara Brazil.

Antonio

Sumber: Arynews.tv

Beliau dijadualkan menuju ke kota Almeirim tetapi pesawat jenis Cessna 210 yang dipandunya itu mengalami kerosakan enjin sehingga beliau terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Kawasan utara Sungai Amazon.

pesawat

Sepanjang menunggu untuk diselamatkan, juruterbang berusia 36 tahun itu hanya bertahan dengan memakan roti yang dibawanya ke dalam pesawat sekaligus mengalami penurunan berat badan yang dramatik.

hanya bertahan dengan memakan roti

Sumber: mirror.uk

Mujurlah memang nasib beliau baik apabila terserempak dengan sekumpulan penuai kacang yang menyalakan unggun api untuk pasukan pencari sehingga mereka dapat menemukannya.

unggun api

Ketika Antonia menjumpai kumpulan itu, dia mengalami penyahhidratan yang amat ketara dan berada dalam keadaan yang lemah dan juga mengalami lecet-lecet di badannya.


Kemudiannya, pasukan ‘search and rescue’ berjaya mencarinya di perbandaran Almeirim pada 6 Mac lalu.

pasukan ‘search and rescue’ berjaya mencarinya di perbandaran Almeirim pada 6 Mac lalu.

Sumber: arynews.tv

Pertemuan menyentuh hati antara Antonio dan keluarganya disiarkan secara khas di TV Brazil sebelum beliau dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


”Satu-satunya perkara yang membuat saya kuat dan membolehkan saya keluar dari situasi itu secara hidup adalah cinta yang saya miliki untuk keluarga saya, keinginan saya untuk melihat ibu bapa saya dan abang dan kakak saya lagi,” kata Antonio yang mengalami kejadian tersebut dua hari sebelum ulang tahunnya yang ke-36.

Antonio yang mengalami kejadian tersebut dua hari sebelum ulang tahunnya yang ke-36

Sumber: arynews.tv

Antonia juga memberitahu media tempatan bahawa beliau hampir lemas ketika menyeberangi sungai untuk sampai ke kumpulan penuai yang telah membantunya. Beliau juga sempat memberi kata-kata penghargaan kepada kumpulan penuai tersebut.


”Maria Jorge dan semua penuai, terima kasih banyak untuk semuanya, saya sayang kamu sepenuh hati. ”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang tidak pernah menyerah pada saya. “Terima kasih, Tuhan, semua penghormatan dan kemuliaan untukmu,” kata Antonio.


Luahan Wartawan: 36 hari with just roti. Wow, just wow. Rasa-rasa even worse than the lack of food is perhaps the loneliness. Macam mana agaknya eh 36 hari bersendirian takde orang nak bebual. Suspect besar da jadi macam cerita Castaway, draw muka kat bola and jadikan kawan borak.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify


RECOMMENDED NEWS

RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

PlanB

Get the most Hot topic that affects our community here. Read our thoughts on the latest happenings and send in your thoughts as well!

EMAIL US

CONNECT WITH US

Subscribe to get exclusive updates!

Thanks for subscribing!

  • Facebook
  • Instagram
  • Telegram
  • TikTok

Copyright © 2024 - PLANB MEDIA

bottom of page