top of page
Writer's pictureLintah Darah

Perubat Temui Ajal Selepas Merawat COVID-19 Dengan Cara ‘Menghirup’ Udara Pesakit


Perubat Temui Ajal Selepas Merawat COVID-19

Akibat “menghirup” penyakit COVID-19 daripada pesakitnya, perawat tradisional Indonesia, Muhammad Mashudin, dijemput Illahi.

Muhammad Mashudin, dijemput Illahi

Sumber: Twitter

Menerusi sebuah video yang tular di Indonesia, Allahyarham dan Sami’an Selamat, juga seorang perubat tradisional, dilihat berdiri di sisi seorang pesakit COVID-19 tanpa menyarungkan pakaian perlindungan diri (PPE) mahupun pelitup muka.

menyedut virus

Sumber: TikTok

Mereka kemudiannya membongkok ke arah pesakit berkenaan, yang sedang terlantar lesu di atas katil hospital, lalu mengipas-ngipas tangan mereka sambil menarik nafas agar dapat “menyedut virus” tersebut.


Mengikut logik mereka, teknik perubatan ini bukan sahaja dapat menyembuhkan pesakit berkenaan, malah ia juga akan “membuatkan virus COVID-19 takut akan pesakit tersebut”.


Para perubat ini juga dikatakan memberi pesakit tersebut ubatan untuk mempercepatkan proses pemulihannya.


Luahan Wartawan: Innalillah…Kalau gini kira mati syahid ke? Dalam banyak-banyak benda, COVID jugak kau nak hirup…Bab penyakit ni kasilah doktor bertauliah yang handle…Kan tak pasal-pasal kau mati…Astaga…Bodoh tahap dewa


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page