Perokok Tegar Merompak Kedai Runcit Kembangan, Bawak Balik 47 Kotak Rokok
Seorang lelaki berumur 16 tahun telah dikenakan probation selama 27 bulan setelah merompak sebuah kedai runcit di Kembangan.
Sumber: Google Maps
Menurut Channel News Asia, lelaki itu dikatakan telah ke New Econ Lin Da Mini Supermarket di Blok 110 Lengkong Tiga Road, Kembangan pada pukul 5.21 pagi 14 Februari 2020, Ketika itu, beliau berpakaian serba hitam termasuk mask dan berkaca mata hitam.
Beliau mengacukan sebilah pisau kepada penjaga kedai itu dan memberitahunya yang beliau hendak merompak kedai tersebut. Penjaga kedai itu lalu melarikan diri dalam ketakutan.
Perompak itu lalu memasuki kedai itu dan cuba untuk membuka mesin simpan wang di kedai itu tapi beliau gagal. Dengan itu, perompak itu pun mengambil 42 kotak rokok yang bernilai $571.20 sebelum melarikan diri dan pulang ke rumah.
Namun, kejadian itu berjaya dirakamkan sepenuhnya oleh CCTV di dalam kedai itu. Setelah pihak polis melihat rakaman CCTV itu, mereka dapat mengenal pasti perompak itu dan memberkasnya di rumah.
Ketika di mahkamah, lelaki itu mengaku bersalah atas kesalahan merompak dan menyebutkan sesalan atas tindakannya itu. Peguam beliau juga mengatakan bahawa tindakkannya ini adalah cara untuknya meminta pertolongan kerana terlalu tertekan dengan kerja sekolahnya.
Sumber: Google Images
6 bulan daripada 27 bulan probation tersebut akan dijalani di Singapore Boys’ Hostel. Beliau juga akan menghadiri beberapa ujian air kencing dan jugak ujian psikologi dan psikiatri ketika menjalani probation.
Harap-harap lelaki ini dapat pertolongan yang setimpal dengan apa yang dilaluinya. Beliau masih lagi muda dan mempunyai banyak lagi peluang untuk memperbaiki dirinya.
Luahan Wartawan: Depression is very real. Please seek help dan jangan main-main when it comes to mental health. If you need to bebual dengan someone, do so. If you need to seek professional help, don’t be shy about it. Jangan nak malu-malu when it comes to mental health because kalau tak dirawat, it will become worse and you can become a danger to yourself and everyone around you if not treated. So please, seek help if you need it.
Sumber: CNA
Podcast Plan B minggu ini!
Comments