Pernah Kena ‘Block’ Sebab Jujur Dalam Food Review
Gara-gara tidak boleh menerima hakikat makanan yang disajikan tidak sedap, pengkritik makanan setempat, Cef Mel Dean pula yang terkena tempiasnya.
Sebagai pengkritik makanan, Cef Mel sering dipanggil untuk menilai makanan di kedai makan mahupun restoran.
Namun, tugas seorang pengkritik bukanlah semudah yang kita sangkakan.
PELANGGAN HARUK CEF MEL
Menggunakan skema penilaian KAPOWWW, makanan diberi antara lima (paling sedap) hingga satu mata (paling tak sedap), berlandaskan syarat-syarat berikut:
kehangatan atau kesejukan makanan
rasa makanan
tekstur makanan
kesegaran makanan
“Kalau tak sedap, memang I kasi markah rendah. Tapi, I tak akan mention nama kedai itu,” ujar cef 53 tahun itu, yang tidak gentar akan memberi pandangan jujur.
Contoh ‘bad review.’ (Sumber: Facebook, Cef Mel)
Ada kalanya, dia memberi sesebuah kedai markah tinggi.
Akan tetapi, bila pelanggan melanggani kedai makan berkenaan, mereka memberi pandangan yang sebaliknya.
Akibatnya, Cef Mel dihentam.
“I dapat hate e-mails seperti ‘PENIPU TAK SEDAP CAKAP TAK SEDAP’ dan ada yang ingat I dibayar untuk kasi high ratings,” luah Cef Mel yang juga telah kehilangan pengikut ekoran ‘memberi reviu yang tidak tepat’.
CEF MEL BUKAN PEMBOHONG
Walhal, Cef Mel berkata dia selalu berlaku jujur dalam memberi reviu.
“Kadang-kadang, makanan yang pelanggan dapat ‘tak sedap, hancur, rabak gila’ sebab head chef tak ada, pekerja tak ikut standard operating procedures (SOP) atau pelanggan datang waktu peak period,” jelas Cef Mel, yang berkata sebab-sebab tersebut bukanlah alasan untuk menyediakan makanan yang tidak berkualiti.
“Berkemungkinan juga, pelanggan itu ada high expectations,” tambah Cef Mel.
Bagi tawaran paid review pula, Cef Mel akan rasa dahulu produk tersebut sebelum mempromosikan barangan tersebut di media sosial.
“Terdahulu, I akan beritahu klien kriteria I. Kalau tak kena dengan cita rasa I, I tak akan promote atau share produk tersebut meskipun I dah ambil gambar atau video bagi tujuan reviu.
“Kerana sebagai pengkritik, I haruslah beri reviu atau pendapat yang jujur agar penjual makanan atau tukang masak boleh perbaik resepi mereka,” tegas Cef Mel.
TUKANG MASAK TERIMA TEGURAN
Selepas memberi pandangannya, Cef Mel berkata kebanyakan tukang masak menerima tegurannya.
Malahan, dia turut mengongsi reviu pelanggan kepada para pegerai.
“Contohnya, masa I datang untuk reviu makanan mereka, mereka kasi lima udang.
“Tapi bila pelanggan datang, mereka cuma dapat tiga. Benda-benda gini pun I akan feedback untuk pastikan mereka konsisten dalam berjualan,” kata Cef Mel.
Walau bagaimanapun, masih ada yang enggan menitikberatkan pendapat cef berpengalaman 27 tahun ini.
Namun begitu, Cef Mel hanya menganggap kedegilan mereka sebagai job hazard sahaja.
CEF MEL BERKOLABORASI BERSAMA NAS DAILY
Sumber: Facebook, Cef Mel
Tapi mungkin selepas perkongsian ini, semua tukang masak di luar sana akan mendengar kata Cef Mel dengan minda yang terbuka.
Lewat bulan lepas, Cef Mel dihubungi syarikat terbitan terkemuka Nas Daily, untuk sertai mereka dalam sebuah video masakan.
Bersama Dear Alyne, anak syarikat Nas Daily, Cef Mel menyediakan beberapa hidangan vegetarian yang sesuai untuk berbuka puasa.
Kesimpulannya, Cef Mel bukan kaleng-kaleng dan credible.
Comments