Pernah Ditolak Pinjaman Dari Bank, Kini Berjaya Beli Bank
Adam Deering pernah ditolak pinjaman 10 ribu pound (SGD 18,000) kerana usianya yang muda. 18 tahun kemudian, dia membeli bangunan bank tersebut dengan keseluruhannya.
Pada tahun 2002, Adam Deering telah dinafikan pinjaman wang sebanyak 10 ribu pound di cawangan RBS Urmston, Great Manchester.
Lelaki yang dahulunya tiada duit kini seorang perniaga yang berjaya. Beliau telah menunjukkan perbezaan yang boleh dilakukan dalam jangka dua dekad.
Pada usia 21 tahun, Adam mempunyai cita-cita tinggi untuk masa depannya. Tekad, beliau memutuskan untuk menerokai idea perniagaannya.
“Saya berhenti berkerja sebagai jurujual kerana saya tahu saya boleh mencipta perniagaan yang berjaya. Tetapi pada ketika itu, saya tidak mempunyai satu sen pun pada diri saya, justeru itu memerlukan pinjaman bank”, berkata Adam Deering dalam sesi temuramahnya bersama Daily Mail.
Lalu beliau ke bank dengan penuh harapan, namun harapan beliau hancur apabila permintaannya dinafikan.
“Saya telah membentangkan rancangan perniagaan secara menyeluruh kepada mereka dan meminta pinjaman 10 ribu pound, tetapi pengurus bank itu tidak mengambil serius akan kongsian saya”, uja Deering bersama Daily Mail.
Pihak bank tidak ingin mengambil risiko ke atas bentangan Adam itu. Tetapi dia terus gigih akan rancangannnya itu. Pada masa itu, Deering terpaksa berkerja di atas lantai kerana tidak mampu membeli meja dan kerusi.
Dia akhirnya mendapat bantuan daripada jirannya, Chris. Deering mengambil kerja sebagai pengurus hutang dan kemudian berhenti apabila dia sudah bersedia untuk melancarkan usahanya itu.
Sumber: Metro UK
18 TAHUN KEMUDIAN, KEADAAN BERUBAH
“Terdapat banyak kali di mana saya fikir ini adalah yang terakhir, tetapi saya teruskan perjuangan dan ia telah mendatangkan hasilnya”
Akhirnya, kerja keras Deering itu telah membuahkan hasil yang menakjubkan. Deering kini mengetuai lima syarikat yang bernilai beberapa juta, dan dia telah mampu membeli bangunan bank itu dengan harga 450,000 pound.
Sumber: Urmston Bank, Great Manchester
Beliau telah mengubahsuai bangunan bank itu menjadi apartment dan kedai jualan.
Ahli perniaga itu berkata: “Membina perniagaan dari awal sememangnya tidak mudah. Pasti ada masa yang kamu akan tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi ataupun tidak. Kuncinya adalah untuk setia dengan visi sendiri dan teruskan. Halangan akan sentiasa datang untuk diatasi.”
KEAZAMAN AKAN MEMBUAHKAN HASIL
Deering mampu mengubah kekalahannya menjadi kemenangan yang luar biasa. Walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun untuk menjadi kenyataan, membeli bank yang menolaknya adalah satu kemenangan besar baginya.
“Bagi saya, membeli bangunan bank itu mengembalikan keadaan sepenuhnya. Ini menunjukkan bahawa saya betul untuk terus mempercayai diri saya sendiri”, kata Adam Deering kepada Daily Mail.
Listen to Plan B’s Podcast this week!
Comments