top of page
Writer's pictureChap Chai

Perkosa Anak Didik, Pelatih Kompang Dipenjara 22 Tahun Dan Dirotan 24 Kali


Perkosa Anak Didik

Sumber: Fuse Concept


Seorang pelatih kompang dikenakan hukuman penjara 22 tahun dan rotan 24 kali semalam (12 Jun) setelah melakukan serangan seksual terhadap tiga budak lelaki daripada kumpulan kompangnya, yang berusia antara sembilan hingga 13 tahun.


MEMANIPULASIKAN ANAK DIDIK

MEMANIPULASIKAN ANAK DIDIK

Mahkamah Tinggi diberitahu Mohamad Shahril Abdul Rashid telah mengongsi kisahnya dikasari secara seksual oleh jurulatih sepak takrawnya, atau abang angkatnya, ketika berumur 12 tahun untuk meraih simpati kanak-kanak ini.


Setelah berjaya meyakinkan anak-anak didiknya, Shahril kemudiannya bertanya jika mereka ingin melihat bagaimana serangan seksual tersebut dijalankan ke atasnya dahulu.

Setelah berjaya meyakinkan anak-anak didiknya

Dia mendakwa niatnya adalah untuk melindungi mereka daripada diserang secara seksual pada masa akan datang.


Dan meskipun tawarannya ditolak mangsa, Shahril, 31 tahun, tetap melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas mereka.


PERKOSA KANAK-KANAK


Kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Chee Ee Ling, pengasas kumpulan kompang itu akan memastikan setiap mangsa berseorangan bersamanya sebelum dia menceritakan kisah lampaunya.


Selepas itu, barulah bekas pengawal keselamatan dan penghantar makanan UberEats itu mencabul kehormatan mangsa atau memaksa mangsa untuk melakukan seks oral ke atasnya.

barulah bekas pengawal keselamatan dan penghantar makanan UberEats itu mencabul kehormatan mangsa

Kejadian-kejadian berkenaan sering dilakukan dalam flatnya, di mana para anggota bermalam di sana sehari sebelum persembahan kompang, atau dalam stor di kelab masyarakat yang kumpulan tersebut gunakan untuk menjalankan latihan.


Setelah memperkosa mangsa-mangsanya, Shahril memberitahu mereka agar jangan memaklumkan perkara tersebut kepada sesiapa.

Setelah memperkosa mangsa-mangsanya

PENGALAMAN KANAK-KANAK YANG DIROGOL


Salah satu mangsanya, yang diserang pada 2016 ketika berusia sembilan tahun, telah memberitahu Shahril bahawa dia tidak suka perbuatan Shahril dan menyuruhnya untuk berhenti.

Salah satu mangsanya, yang diserang pada 2016 ketika berusia sembilan tahun

Namun Shahril, yang dipanggil “ayah” dalam kumpulan kompang berkenaan, terus memperkosanya.


Pada 2017 pula, Shahril bertanya ibu bapa kanak-kanak ini jika mereka benarkan anak mereka untuk duduk serumah dengan Shahril.


Ibu bapa kepada budak lelaki ini bersetuju memandangkan mereka tinggal dalam flat satu bilik bersama tujuh lagi orang anak.


Akibatnya, budak lelaki ini diserang berulang kali selama hampir setahun.

Akibatnya, budak lelaki ini diserang berulang kali selama hampir setahun.

Hal ini cuma dikemukakan pada 20 Oktober 2017 setelah seorang lagi mangsa membuat aduan polis.


DPP memberitahu mahkamah bahawa mangsa yang duduk serumah bersama Shahril sedang menjalani sesi kaunseling untuk mengatasi traumanya.

DPP memberitahu mahkamah bahawa mangsa yang duduk serumah bersama Shahril sedang menjalani sesi kaunseling untuk mengatasi traumanya.

MENGAKU BERSALAH


Shahril mengaku bersalah atas tiga tuduhan serangan seksual menyebabkan kecederaan.

Lapan lagi tuduhan bagi pelbagai kesalahan seksual diambil dalam pertimbangan semasa hakim menjatuhkan hukuman. — Straits Times


Luahan wartawan: Ayah? Moklu. Orang gini mintak disula terus. Mak bapak budak-budak ni hantar anak-anak dorang untuk belajar budaya orang Melayu, not to be fucked by a sick instructor.


Anyway, things like this are very common — using sad narratives to lure students into their trap. Jadi ibu bapa kena lebih berwaspada sebab tak semua instructor/cikgu/tutor can be trusted.


Untuk golongan horny tak kenal tempat pula macam si deni, yang suka manipulate minds, aku doakan yang terburuk untuk korang. Amin.


Join komuniti Plan B di Instagram | Facebook | Twitter | Telegram

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page