Perjalanan Kumar Penuh Dengan Onak Dan Duri
Sumber: Kumarsutra.com
Kalau anda influencer baru nak up (IBNU) yang sering terasa dengan cemuhan warganet, percayalah, pengalaman anda tidaklah seteruk perjalanan national treasure, Kumar. Confirm.
DIBONTOT POLIS
Sewaktu mula menapak dalam bidang lawak pada tahun 1992, Kumar berkongsi setiap stand up yang dijalankan di Boom Boom Room — sebuah kelab malam kabaret khas buat golongan drag queen — ditonton lapan anggota polis, yang dikerah untuk memastikan kandungannya ‘bersih’ daripada bahan eksplisit.
Kumar di Boom Boom Room. Sumber
Tidak cukup dengan memantau bahan jenakanya, Kumar berkata, pihak berkuasa juga ‘cari pasal’ dengannya dalam aspek-aspek lain.
Misalnya, pihak polis mengkritik cara pemakaiannya dan tidak membenarkannya untuk memakai pakaian wanita.
Then macam mana dia nak gelarkan diri dia sebagai drag queen…Sumber
PENONTON TAK KETAWA
Dan oleh kerana sering dipantau pihak berkuasa, Kumar menceritakan kandungannya terpaksa dihadkan kepada jenaka lame — seperti knock knock joke dan why did the chicken cross the road — membuatkan penontonnya termangu.
Lantaran ini, diva tanah air kita menangis siang malam pagi petang kerana tidak boleh tahan dengan tekanan daripada polis dan kekurangan sokongan daripada penonton.
DIHINA IBU AYAH
Dalam pada itu, situasi di rumah juga tidak membantu mengurangkan masalahnya.
Disebabkan penampilannya atas pentas, ayahnya menyamakan Kumar dengan pelacur.
“He didn’t even think I was gay wearing a dress. He thought I was a prostitute,” ujar Kumar.
Bahkan, gajinya juga tidak diambil orang tuanya yang menganggap wangnya sebagai ‘duit kotor’.
PENGAJARAN BUAT IBNU
Jadi kepada IBNU semua, consider yourself lucky sebab sekarang, kita technically boleh buat apa jua content asalkan isi kandungan tak keterlaluan.
Dan kebanyakan ibu bapa zaman sekarang pun lebih open, jadi lagi senanglah untuk creatives teraju bidang yang diingini.
But normal lah hidup mesti ada haters. Tak kisahlah apa content kau churn out. Islamiah, ilmiah, seks, dadah ke apa, orang tetap akan cari kesalahan.
So, kalau rasa kau tak boleh handle the hate, tutup akaun media sosial. Macam Kumar, dia tak ada socials jadi hidup dia aman sebab dia tak tahu dia ada haters pun.
Dan sebagai penonton pula, kalau kau tak boleh dengar atau tonton content that is out of your comfort zone, janganlah consume. Kau pun sama, tutup socials kau terus. Mind your own business.
Tapi kalau lepas tutup socials pun masih senang sentap….
“Tak boleh gurau, duduk surau.” — Kumar, 2020
Untuk mendengar podcast OKLETSGO, click link dibawah ini:
Part 1: Kumar
Part 2: Kumar
Part 3: Kumar
留言