Pergi Haji Online Secara VR, Terlalu Realistik Sehingga Pengguna Menitiskan Airmata
Buat dua tahun berturut-turut, perlaksanaan ibadah haji dan umrah terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang mencengkam dunia sejak awal tahun lalu.
Namun dengan teknologi terunggul masa kini, umat Islam sedunia masih boleh melawat tanah suci dan merasa rutin mengejarkan ibadah menerusi kaedah reality maya atau VR.
Bigitec Studio, sebuah syarikat pemaju permainan Islam di German, mengeluarkan demo VR mereka, yang dinamakan ‘Muslim 3D’, pada 2019 di mana pemain dapat meliputi kawasan Masjidil Haram dan Kaabah sambil berinteraksi dengan pemain-pemain lain.
Versi terbaharunya pula, yang bakal dilancar pada September nanti, merangkumi permainan free-play, di mana pemain dapat menerokai tanah suci lain seperti Gunung Arafah, Mina dan Muzdalifah.
Nyata Muhammad Chbib, pengasas bersama Bigitec Studio, teknologi VR mereka begitu realistik sampaikan ada beberapa pengguna yang menitiskan air mata sambil “berjalan di tanah suci”.
Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa pengalaman menggunakan Muslim 3D tidaklah sama jika dibandingkan dengan pengalaman berada di tanah suci secara fizikal.
Berdasarkan tinjauan wartawan, VR Muslim 3D telah meraih rating 5 bintang daripada lebih 10,000 pengguna dan boleh dibeli secara dalam talian menerusi Google Play Store, App Store dan Steam. Highly recommended but goggles not included.
Luahan Wartawan: Ya Allah aku punya bodoh, aku at first ingat company ni offer buat Haji through VR It looks cool tho. Kalau aku dah legit mendak gila, aku akan beli goggles semua and main. Boleh fefeeling perempuan Arab. Kalau dapat naik camel ke, buat virtual shopping pun best jugak eh. Tapi tulah…Avatar aku yang boleh merayap…Bukan aku…. Aku stakat circle around the same area jer huhu…
Sumber gambar: Google Play Store
Podcast Plan B minggu ini!
Comments