Percubaan Membunuh ‘Enforcement Officer’
Lelaki 61 tahun diberkas atas kesalahan cuba membunuh setelah menikam seorang Pegawai Penguatkuasa (EO) dari Lembaga Taman Negara (NParks) yang sedang memasang papan tanda ‘Safety Entry’ di Rangkaian Penghubung Taman Sungei Serangoon.
SERANG PEGAWAI NPARKS
Ketika dihampiri para pegawai NParks, lelaki tersebut, yang tidak memakai pelitup muka dan memotong tumbuhan secara haram, menikam salah seorang daripada mereka menggunakan alat tajam pada Isnin (4 Mei).
Menurut laporan Straits Times, pegawai berkenaan mengalami kecederaan parah di dada, tangan dan lengannya.
Pegawai telah dibawa ke Hospital Besar Changi, lapor polis.
CUBA BERSEMBUNYI DARIPADA POLIS
Dalam percubaan untuk melarikan diri, lelaki tersebut berkayuh pergi dari tempat kejadian.
Namun, dia ditangkap dalam tempoh satu setengah jam.
SIASATAN POLIS
Bahana membawa senjata berbahaya di tempat awam dan melanggar perintah jarak selamat, warga emas itu akan direman untuk siasatan lanjut.
Sumber: TODAY
Polis juga akan mendapatkan perintah mahkamah agar lelaki ini dapat menjalani ujian psikiatri.
Lelaki tersebut akan didakwa di mahkamah pada 6 Mei (Rabu) atas kesalahan cuba membunuh, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda.
Tindakan yang menyebabkan kecederaan pula membawa hukuman penjara seumur hidup dan rotan. Akan tetapi, lelaki berumur 50 tahun ke atas tidak boleh dirotan.
MASAGOS MARAH
Sumber: TODAY
Susulan kejadian ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Encik Masagos Zulkifli bersuara di Facebook.
“Sejak permulaan Circuit Breaker, pegawai kami telah bekerja keras dan membuat pengorbanan peribadi untuk menjaga keselamatan Singapura. Mereka tidak bersenjata dan menjalankan tugas untuk melindungi kita daripada dijangkiti COVID-19. Mereka harus dihormati.
“Saya menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan Pegawai Penguatkuasa dan Duta-duta kami, dan patuhi langkah-langkah jarak selamat – yang telah dilaksanakan untuk memastikan kita semua selamat daripada COVID-19.”
Luahan wartawan: Kenapalah rakyat Singapura ni problematic sangat. Every day, if not at least every week ada jer someone yang akan buat taik.
Last week pasal HBB. This week baru start tapi kita dah ada dua anak raja yang tak nak ikut perintah. Sorang lagi sibuk potong daun dekat park. Eh, korang kenapa eh? Susah eh ikut law? Setakat pakai mask, jangan keluar kalau tak penting. The authorities are already very busy COVID-19. Jangan tambahkan kerja dorang ah please. Minister pun penat tau dengan perangai kita sampaikan dorang pun dah start buat luahan dekat Facebook.
Join komuniti Telegram kami di https://t.me/PlanBsg