top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Perbuatan Nakal, Kereta Dicampak Molotov Ketika Dipandu


Kereta Dicampak Molotov

Kurang seminggu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilengangkan, beberapa individu telah mula membuat onar.


Pada 9 Mei, kereta Silver Elgrand Low hampir diletupkan dengan sebuah bom petrol (molotov cocktail) semasa dia memandu di sepanjang Lebuhraya Cheras-Kajang.

Rakaman daripada kamera hadapan kereta

Rakaman daripada kamera hadapan kereta. Sumber: Silver Elgrand Low (Facebook) & World of Buzz


Berdasarkan rakaman yang diraih daripada kamera belakang Low, bom petrol itu dilontarkan dari laluan atas (overpass) ke arah kereta Low.

Rakaman daripada kamera belakang kereta

Rakaman daripada kamera belakang kereta. Sumber: Silver Elgrand Low (Facebook) & World of Buzz


Mujur, Low sempat memecut untuk mengelak bom petrol tersebut.

Walau bagaimanapun, bom petrol itu telah mengakibatkan api kecil di jalan raya setelah kandungan dalam bahan letupan tersebut melimpah keluar.

Namun begitu, menurut China Press, Penolong Pengarah Daerah Polis Kajang tidak menerima sebarang laporan tentang kejadian berkenaan.


Luahan wartawan: Ada orang yang nak take revenge ke? Kalau setakat main-main, takkan sampai buang molotov kan? Kalau tak happy dengan orang tu pun, janganlah sampai aniaya nyawa orang lain.


Or maybe orang yang lempar ni benda tak tau bezakan mercun dengan molotov. Anyway, kalau mercun sekali pun, janganlah aim dekat orang/kenderaan/haiwan. Buat dekat open space.


Bodoh tu simpan sikit. Jangan sampai Malaysia ban bunga api/mercun. Nanti raya boring. Macam kita kat Singapore boleh main dengan glow stick jer. Paling-paling pun, dengan bunga api cinonet ni.

bunga api

Sumber: Orami Parenting


Tak sempat nak spell out ‘Hari Raya’ benda ni dah mati. Sedih.



Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page