top of page
Writer's pictureChap Chai

Perbezaan Pendapatan vs Stereotaip Kaum


Perbezaan Pendapatan vs Stereotaip Kaum

Sekali imbas pada persekitaran pembelajaran.


Beberapa hari yang lalu, sebuah artikel yang amat sensasi telah menular. Ia menimbulkan perasaan yang tidak puas hati daripada golongan orang melayu kerana artikel telah menggambarkan masyarakat melayu sebagai golongan yang daif dan amat memerlukan.

Home based learning

Sumber: Straits Times


Artikel yang diterbitkan itu bermaksud untuk memberi gambaran bahawa pembelajaran dari rumah amat berbeza pada kadar kemampuan keluarga tetapi ia telah mencetuskan debat yang hangat di kalangan netizen kerana stereotaip yang telah digambarkan.

DanRosli

Gambar hiasan sumber: Twitter, handles: @danrosli

Snowduck

Gambar hiasan sumber: Twitter, handles: @duckfiqah

Mr H

Gambar hiasan sumber: Twitter, handles: @asonofapeach


Sentimen mereka amat difahami kerana naratif seperti itu akan mengekalkan persepsi dan mentaliti bahawa sukses dalam pelajaran dan kehidupan bergantung pada kemampuan yang telah dihadkan kepada bangsa dan bukan pada usaha gigih dan kecerdasan. Ia juga telah menggambarkan peranan semua bapa di kalangan masyarakat melayu sebagai “lepas tangan” apabila dibandingkan pada kaum yang lain. Dengan secara tidak sengaja, artikel itu telah menimbulkan stereotaip 3 kaum terbesar di Singapura.

Why stereotypes are harmful

Gambar hiasan sumber: Google Images


Ada besar kemungkinan artikel ini telah mengambil inspirasi dari artikel yang diterbitkan oleh lelaman “southeastasiaglobe” dimana ia telah menunjukkan tidak semua yang mampu duduk rumah selepas putus litar telah diisytiharkan kelmarin. Namun, artikel tersebut melaporkan mereka perlu mencari rezeki demi menyara keluarga yang besar, mempunyai anak-anak kecil ataupun kedua-duanya sekali yang membuat mereka tidak berkemampuan untuk duduk di rumah seperti di perintahkan kerajaan. Ia menggambarkan satu kaum sahaja dan tidak berbaur sterotaip kerana laporan faktual diterbitkan setelah mewawancara keluarga yang terjejas.


Artikel ini boleh diperbaiki dengan mengunakan cara laporan yang tidak berbaur perkauman walaupun dengan cara tidak sengaja. Isu yang ingin di ketengahkan adalah perbezaan diantara kemampuan dan juga saiz keluarga-keluarga dan bagaimana ia boleh menjejaskan pembelajaran dari rumah. Liputan boleh diperbaiki dengan mengadakan temu ramah bersama 3 keluarga yang berpendapatan dalam lingkungan yang sama tetapi ada perbezaan pada saiz keluarganya.


Luahan hati wartawan:  Ada ramai yang dikalangan warga melayu/islam yang telah berjaya atas usaha gigih mereka tidak kira bagaimana pendapatan ataupun persekitaran mereka ketika mereka belajar dahulu. Ia samasekali tidak adil untuk menilaikan sebuah bangsa dengan pandangan stereotaip.


The racial stereotyping is deeply ingrained but it perpetuates a problematic narrative as it does not allow for people to widen their horizon beyond races.


Kita perlu hentikan pandangan yang berbaur negatif seperti ini demi generasi masa depan. Mereka akan membesar dengan fikiran bahawa ini adalah normal when it is not.

Article quoted in the paragraph above: https://southeastasiaglobe.com/singapore-urban-poor-covid/

Comments


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page