top of page
Writer's pictureBelalang Biru

Perajuit Yang Pernah Berjuang Disamping Leftenan Adnan Meninggal, Berusia 100 Tahun


Perajuit Yang Pernah Berjuang Disamping Leftenan Adnan Meninggal

Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tertua Perang Dunia Kedua, Prebet Ujang Mormin,100 tahun, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh,Selangor pada 9hb Febuari 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Angkatan Tentera Malaysia

Sumber: bharian.com.my

Allahyarham Ujang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan dan pernah berjuang dalam battalion yang sama dengan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun di Bukit Chandu, Singapura.


Berita duka itu disahkan cucu saudara perempuannya Lailawati Jamil, 59, yang berkata arwah meninggal dunia pada jam 5.05 petang.


Katanya, Allahyarham Ujang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Januari lalu selepas dikesan positif COVID-19. Empat hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Lailawati diberitahu hospital bahawa keadaan Allahyarham semakin kritikal.


Lailawati juga memberitahu bahawa Allahyarham pernah meluahkan kerinduan untuk berjumpa sanak saudara dan kawan-kawan namun begitu tidak dapat menziarahinya kerana keadaan Covid-19 ketika ini.

COVID-19

Sumber: bernama.com

Beliau juga menyifatkan Allahyarham Ujang sebagai seorang yang pemaaf, baik hati dan senang berkawan dengan orang ramai.


Allahyarham Ujang merupakan satu-satunya veteran Perang Dunia Kedua yang dipercayai masih hidup sebelum ini. Perkongsian beliau terdahulu, Prebet Ujang dikatakan pernah berjuang dalam batalion yang sama dengan Leftenan Adnan ketika pertempuran di Pasir Panjang, Bukit Chermin dan Bukit Chandu.

hmetro.com.my

Sumber: hmetro.com.my

Allahyarham Leftenan Adnan gugur pada 14 Februari 1942 dalam pertempuran di Bukit Chandu manakala Allahyarham Ujang yang mempertahankan kubu di Bukit Chermin mengalami kecederaan akibat serpihan meriam musuh.

Allahyarham Leftenan Adnan

Sumber: hmetro.com.my

Beliau dikurniakan pingat War Medal dan Pacific Star oleh kerajaan British bagi perkhidmatannya dari 1939 hingga ke 1945 selain dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia.

ohbulan

Sumber: ohbulan.com

Allahyarham menyertai bidang ketenteraan pada 1939 dengan menyertai Tentera British sebelum diserap ke Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) sebagai Prebet pada 1942.


Selepas empat bulan menyertai latihan tentera di Port Dickson pada 1941, buat pertama kalinya beliau dihantar ke Gap Ridge, Singapura bagi mengekang kemaraan serangan askar Jepun sebaik mereka mula menyerang Tanah Melayu.

serangan askar Jepun sebaik mereka mula menyerang Tanah Melayu

Terima kasih atas segala jasamu wahai Pahlawan Negara. Semoga roh Allahyarham Ujang ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman. InshaAllah ameen


Luahan Wartawan: What sad news to receive especially just a few days before the anniversary of Leftenan Adnan’s death on 14th February. Terima kasih for your sacrifices semasa menentang penjajah Jepun. We will never forget.


Podcast Plan B minggu ini!

Join Plan B’s Community: Facebook | Instagram | Twitter | Telegram | Spotify

Comentarios


RECENT NEWS

GET LATEST UPDATES

Join Our Newsletter

Thanks for subscribing!

bottom of page