Penunggang Motosikal Berputih Mata, Moto Disaup Arus Dek Banjir Di Johor Dan Pahang
Banjir di kebanyakkan wilayah Malaysia semakin buruk dengan lebih 5,000 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah di negeri Johor termasuk Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Dalam sebuah rakaman video yang dikongsi di lelaman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, seorang penunggang motosikal tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan. Rakaman itu telah meraihkan lebih dari 2.400 likes, 300 komen dan 300 shares.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS
Kemalangan itu terjadi di Kota Tinggi, Johor dan dipercayai berpunca daripada arus deras yang memenuhi jalanraya. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.
Di rakaman tersebut pada saat ke-26, video menjadi gelap dan kelam kabut kerana perakam dipercayai sedang bergegas membantu menyelamatkan mangsa.
Ruang komen perkongsian tersebut dihujani komen dari para netizen yang memuji tindakan perakam yang terus membantu mangsa kejadian tersebut dan bukan hanya berdiri situ dan merakam sahaja.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS
Lagi satu rakaman yang juga dikongsi lelaman Info Roadblock JPJ/POLIS, dipercayai terjadi di Sempadan Jengka 15-16 di Maran, Pahang meraih lebih dari 5000 likes, 1800 komen dan 2000 shares.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS
Rakaman itu menunjukkan seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya cuba meredah jalan raya yang telah dilanda banjir dan arus yang deras walaupun banyak kereta dan kenderaan lain telah berhenti sebelum sampai ke sempadan air banjir itu.
Namun begitu, penunggang motosikal itu tetap berdegil untuk meredah jalan raya itu walaupun paras air sudah melebihi lutut. Beliau hanya bertahan beberapa saat sahaja sebelum arus yang deras itu menyebabkannya terjatuh dan menghanyutkan motosikalnya.
Walaupun penunggang dan juga pembonceng selamat, kegagalan mereka itu disambut dengan sorokan sinis daripada orang ramai yang sedang memerhatikan cubaan mereka.
Ruang komen posting itu hujani kata-kata netizen yang mengecam perbuatan degil penunggang motosikal itu yang tidak sayang nyawa.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS
Namun begitu, ada juga netizen yang cuba bersangka baik kepada perbuatan penunggang motosikal itu.
Sumber: Facebook, Info Roadblock JPJ/POLIS
Musim tengkujuh ini dijangka akan berterusan hingga ke bulan Mac disebabkan oleh Monsun Timur Laut. Semoga semua wilayah yang terjejas dapat mengharungi kecelakaan ini dengan tabah dan sabar dan semoga Tuhan mempermudahkan segala urusan.
Luahan Wartawan: What a start to the year. Tahun lepas, we start the year with the bushfires in Australia. Tahun ni, mula dengan banjir di Malaysia pula. Maybe the Earth is trying to tell us something. Be it as it may, my heart goes out to all the victims of the flooding dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. InshaAllah ameen!
Podcast Plan B minggu ini!