Penjual Cakap Warna Gaun Tak Sesuai Untuk Anak Pembeli, Sebab Kulit Terlalu Gelap
Dalam pada rakyat setempat sibuk mempertahankan kaum kulit hitam Amerika Syarikat — menanda tangan petisyen dan mengongsi pos berkaitan dengan Black Lives Matter (BLM) di media sosial — ramai yang lupa bahawa rasisme juga wujud di kalangan masyarakat Singapura.
ANAK LIMA TAHUN DICEMUH RAKAN SEKELAS
Berikutan isu BLM, seorang bapa berbangsa India mengongsi pengalaman anak kecilnya yang telah menerima diskriminasi daripada orang-orang di sekeliling mereka.
Beberapa bulan lepas, puteri lima tahun Lijesh Karunakaran, Mayuki, menyoal jika dia bukan rakyat Singapura disebabkan warna kulitnya.
Gambar Hiasan (Sumber: Ottobock Australia)
“Anak saya bertanya:
‘Bapa, adakah saya bukan warga Singapura? Rakan sekelas saya kata kulit saya coklat, jadi saya bukan warga Singapura.’
“Di kesempatan itu, saya mendidik Mayuki tentang bangsa, kewarganegaraan dan bahawa warna kulit tidak mendefinisikan seseorang,” catat Karunakaran di Facebook pada 1 Jun.
Beberapa hari kemudian, Mayuki memberitahu Karunakaran bahawa buddy dalam kelasnya enggan memimpin tangannya.
Gambar Hiasan (Sumber: Shutterstock)
Kata Mayuki, buddy-nya takut jika tangannya juga akan bertukar menjadi hitam.
Apabila Mayuki bertanya Karunakaran mengapa kawannya bercakap demikian, Karunakaran buntu buat seketika.
Pada akhirnya, Karunakaran menjelaskan bahawa mungkin, kawannya tidak tahu bahawa tidak seperti cat, warna kulit tidak boleh bercampur.
“ANAK AWAK GELAP”
Dalam situasi yang berbeza, Karunakaran menceritakan sebuah pengalaman membeli-belah bersama Mayuki, yang ketika itu, tertarik kepada sehelai gaun pelangi.
Gambar hiasan. (Sumber: Lazada)
Namun, belum sempat Karunakaran bertanya pelayan kedai berkenaan jika dia mempunyai gaun pelangi dalam saiz anaknya, pelayan tersebut memberi Mayuki gaun berwarna merah jambu.
“Warna pelangi terlalu terang. Anak awak gelap. Ambil yang merah jambu. Ini lebih padan untuknya,” kata pelayan tersebut kepada Karunakaran.
Gambar hiasan. (Sumber: Reebonz)
Terkesan dengan komen pelayan itu, Mayuki bertanya bapanya jika warna merah jambu lebih sesuai pada dirinya — berbanding warna-warna pelangi, yang merupakan kegemarannya.
“Semua warna nampak cantik bila Mayuki pakai. Merah jambu, biru, putih, hitam…Semua warna lawa,” pujuk Karunakaran.
“Tapi warna pelangi memang kena sangat! Mayuki nampak cantik sangat dalam gaun ini.”
Mayuni ? (Sumber: Facebook, Lijesh Karunakaran
REAKSI WARGANET
Susulan itu, warganet turut mengongsi pengalaman mereka berdepan dengan komen-komen diskrimnasi sebelum memuji cara Karunakaran membesarkan anaknya.
Setakat hari ini (6 Jun), pos itu telah menjana lebih daripada 1.6 ribu kongsian dan ia tetap mempunyai tarikan meskipun dimuat naik lima hari lepas.
Luahan wartawan: Children are not born racist. They are taught to be racist. Watch this:
Racism = social constructivism. And social constructivism can be unlearned 🙂
Comments